SINAR KEBANGKITAN

Sinar merupakan satu dari kebangkitan untuk pemuda pemudi atau lebih mudah digelar SYABAB..bukan bertujuan untuk berkata kepada sesiapa namun untuk ingatan kepada diri sendiri dan sahabat yang sering terleka dan lalai dengan perkara yang bukan-bukan.Kerana di tangan merekalah letaknya kepimpinan akan datang,jika elok masa kini maka eloklah akan datang.Namun bukan mudah mereka diumpamakan kain putih yang mana perlu dicorak.dengan warna yang cantik dan molek dipandang.Begitu juga seperti syabab mereka perlu dimasak dengan pengalaman dan disuap dengan ilmu agar dapat menghasilkan kepimpinan yang mantap dan membentuk sesebuah kejayaan sebuah negara.
Mungkin seorang pemuda tidak mengerti kesan yang membawa petunjuk,Sedang terbitnya matahari membawa cahaya terang.(Syair Imam Ahmad bin Hanbal)

Wednesday, July 29, 2009

Tujuan kita hidup


Alhamdulillah hari ini sempat bagiku bermuhasabah buat seketika diri ini ...walaupun hanya sempat untuk mendengar beberapa minit tazkirah yang disampaikan oleh sahabat...justeru dalam hidup kita sebagai manusia sharusnya punyai tujuannya .jika tidak bak sampan yang hanyut tanpa didayung....yang mane ikut saje kemana nak pergi....satu lagi tertarik untuk mengatakan berkaitan makan yang mana betul makan untuk hidup? atau hidup untuk makan? tepuk dada tanye iman dan hati masing-masing........yang mane jawapan yang kalian ingin berikan terpulanglah>>>>>kerana semuanya sudah mampu untuk berfikir........sekali lagi syukur kerana diberi peluang untuk diri ini dan kalian semua untuk bernafas waktu ini........ :)

Tujuan kita hidup

Sunday, July 26, 2009

Masih bernafas


Pagi indah,segar menjelma lagi, udara segar nafas disedut dengan pacaindera sempurna.....anugerah yang terindah oleh Allah S.W.T....bersyukur ku kerana masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan jihad menuntut ilmu di sebuah institusi yang permai.....di sini kudidik agar mampu membina anak bangsa.......Alhamdulillah...

Friday, July 24, 2009

JALINAN UKHUWAH

Alhamdulillah selesai sudah salah satu dari sukan yang dipertandingkan dalam liga sukan JPP....walaupun sekadar memperoleh tempat ketiga...namun ana bnar2 bersyukur kerana yang paling utama jalinan ukhwah sesama pelatih berjaya dieratkan

Thursday, July 23, 2009

Satu perjuangan

Perjuangan tidak kira samade tua,muda ini kerana setiap perjuangan memrlukan satu pengorbanan,yang kadangkala amat menyakitkan....namun ganjaran dan pahalanya begitu mewangi indah seperti haruman kasturi>>>>>>>>>>>>>>>

Wednesday, July 22, 2009

ku hanya insan biase


wahai sahabat2 ku sekalian ......diri ini bukan untuk memberi ceramah jauh sekali untuk menasihati...tetapi cuma ingin menyatakan bahawa ku sedar perlu untuk mengubah diri dahulu sebelum melakukan perubahan kepada yang lain....kerana ramai yang berfikir untuk merubah dunia tetapi tidak berfikir untuk merubah diri-sendiri......

Saturday, July 18, 2009

Pemuda yang berani menegur khalifah

Lihatlah bagaimana seorang remaja di masa Umar bin Khattab bersikap lantang dan berani menegur Khalifah. Kisahnya adalah sebagai berikut:

Pada suatu hari Saidina Umar berjalan-jalan bersama beberapa orang sahabatnya. Beliau melihat sekumpulan remaja sedang asyik berbual-bual dan bermain, sedangkan ada salah seorang daripada mereka berdiri di tepi jalan. Remaja itu tidak turut bermain bersama rakan-rakannya yang lain.

Umar berasahairan melihat telatah remaja yang seorang ini. Tapi hal ini yang justeru menarik hatinya untuk menyiasati perkara ini.

Mengapa remaja itu tidak menyertai rakan-rakannya yang lain dengan berseronok-seronok. Mengapa ia menyendiri dan menjauh dari rakan-rakannya. mengapa pula ia hanya memerhati sahaja rakan-rakannya? Kenapa? Inilah soalan-soalan yang bermain di kepala Umar bin Khattab dan cuba untuk diselidikinya.

Umar lalu menghampiri pemuda itu dan memegang bahunya sambil berkata: "Wahai pemuda, sila berikan jalan untuk kami."

Tanpa disangka-sangka pemuda itu menatap wajah Umar dengan pandangan mata yang tidak berkedip sedikit pun. Ingin rasanya Umar mengherdik belia tersebut kerana tidak sewajarnya menetap wajah orang tua dengan pandangan bagai serigala lapar. Tetapi rasa sayangnya kepada golongan muda menghalang Umar berbuat begitu. Dipandang demikian, Umar balik memandang remaja itu dengan senyuman dan kasih sayang.

Tiba-tiba remaja itu terus berkata: "Wahai Amirul Mukminin! jalan ini luas tetapi engkau tidak menghiraukannya dan sebaliknya engkau menghampiriku dan menyuruhku memberi laluan. Apa sebenarnya maksudmu?

"Aku melihat engkau tidak turut bermain bersama rakan-rakanmu. Apa yang menyebabkan kamu begini, adakah mereka bersikap kasar atau menyakiti hatimu?" tanya Umar.

Pemuda itu bertanya: "Wahai Amirul Mukminin, adakah untuk ini kita dijadikan oleh Allah S.W.T?"

Umar berpura-pura bertanya kepada pemuda itu pula: "Kalau begitu untuk apa sebenarnya kita dijadikan oleh Allah S.W.T? Bukankah di usia seperti kamu ini adalah berseronok-seronok sperti rakan-rakan kamu yang lain? Atau mungkin kamu sedang bersedih hati kerana tidak dapat bersama mereka?"

Pemuda itu berkata dengan lantang: "Kita dijadikan untuk beribadat bukan untuk berseronok-seronok. Umur kita pendek, Wahai Amirul Mukminin."

Mendengar jawapan tadi menyebabkan air mata Saidina Umar mengalir dan beliau terus terduduk di atas tanah. Belum pernah seumur hidup beliau sehinggalah dilantik sebagai Khalifah mendapat teguran dan nasihat dari seorang permuda yang petah dan cerdik itu. Inilah julung kali beliau mendapat teguran dari seorang pemuda.

Setelah disiasat siapa pemuda yang berani dan cerdas itu, akhirnya diketahui bahawa pemuda itu adalah Abdullah bin az-Zubir, iaitu cucu Abu Bakar As-Siddiq.

Abdullah adalah anak kepada sahabat Nabi s.a.w yang utama iaitu Az-Zubir dan Asma' binti Abu Bakar. Setelah mengetahui asal-usul dan salasilah kanak-kanak itu barulah Umar menyedari tentang kecerdasan dan keberanian pemuda itu.

Sememangnya ia pemuda yang pintar kerana lahir dari keturunan yan pintar, benar dan kuat memegang amanah. Abdullah lahir dari keturunan yang kuat memegang agama dan berpegang teguh kepada prinsip-prinsip kebenaran.

Saidina Umar berkata: "beruntunglah Zubir dan Asma'a binti Abu Bakar kerana melahirkan anak seumpama pemuda ini yang mempunyai sifat bijak dan berakal cemerlang."

Sunday, July 5, 2009

KEMULIAAN MEREKA

Sejarah telah membuktikan bagaimana kejayaan BILAL BINRABAH, AMMAR BIN YASIR, dan SUMMAYYAH iaitu ummi kepada AMMAR yang mana berani mempertahankan iman mereka dihadapan pembesar Quraish yang bermaharajalela pada waktu itu....Namun untuk mengucap kepada ucapan yang membawa kepada kekufuran adalah jauh sekali kerana menghargai iman yang mereka dapati adalah sungguh bernilai yang tidak boleh dijadikan sebagai barang tukaran di atas dunia

Friday, July 3, 2009

BULAN REJAB.......

Pengertian

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.


Peristiwa Penting

1.Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia)
Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu. Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran.


4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.


Amalan

Tiada amalan khusus untuk bulan Rejab yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW yang dijumpai di dalam mana-mana hadis shahih. Penulis berpendapat ada hikmahnya kenapa Allah SWT, Rasulullah SAW dan para sahabat RA tidak memberitahu tarikh dan tahun berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj. Rasulullah SAW tidak mahu umatnya menetapkan ibadat-ibadat tertentu di bulan Rejab khasnya pada hari dan malam berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj itu.

Ini untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang diada-adakan (bid'ah) dan perbuatan membeza-bezakan kemuliaan satu-satu bulan. Namun begitu ada pendapat yang meriwayatkan tentang amalan-amalan sunat tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah Rejab. Pendapat ini adalah bersandar kepada hadis-hadis lemah.

Terlalu banyak amalan-amalan sunat yang umum yang masih kita belum berkesempatan untuk mengamalkannya boleh kita praktikkan di bulan Rejab ini sebagai persediaan kita menjelang Ramadhan al-Mubarak. Diantaranya solat malam, qiamul-lail, puasa Isnin dan Khamis, tadarrus al-Qur'an dan lain-lain lagi. Di sini penulis ingin menyarankan agar pada akhir bulan Jamadilakhir khasnya pada 29 Jamadilakhir, kita bolehlah melatih mata kita untuk menjejaki hilal. Proses melatih mata untuk merukyah hilal boleh dimulakan 20 minit sebelum Maghrib sehinggalah 20 minit selepas maghrib dengan memerhatikan ufuk Barat sekitar tempat matahari terbenam. Ini boleh dilakukan dengan mata kasar tanpa menggunakan sebarang alat kecuali untuk melihat matahari perlukan penapis (solar filter).

Bagi mereka yang mempunyai teleskop atau teodolite ataupun binocular, inilah masanya untuk menguji peralatan dan kemahiran masing-masing agar pada hari cerapan hilal Sya'ban, Ramadhan dan Syawal kita tidak menghadapi masaalah dalam melakukan cerapan hilal. Dan sebenarnya Rasulullah SAW sendiri amat mengambil berat tentang kedudukan bulan pada setiap akhir bulan khasnya apabila menjelangnya bulan Rejab dan bulan-bulan seterusnya.

Al-QURAN kitabku