SINAR KEBANGKITAN

Sinar merupakan satu dari kebangkitan untuk pemuda pemudi atau lebih mudah digelar SYABAB..bukan bertujuan untuk berkata kepada sesiapa namun untuk ingatan kepada diri sendiri dan sahabat yang sering terleka dan lalai dengan perkara yang bukan-bukan.Kerana di tangan merekalah letaknya kepimpinan akan datang,jika elok masa kini maka eloklah akan datang.Namun bukan mudah mereka diumpamakan kain putih yang mana perlu dicorak.dengan warna yang cantik dan molek dipandang.Begitu juga seperti syabab mereka perlu dimasak dengan pengalaman dan disuap dengan ilmu agar dapat menghasilkan kepimpinan yang mantap dan membentuk sesebuah kejayaan sebuah negara.
Mungkin seorang pemuda tidak mengerti kesan yang membawa petunjuk,Sedang terbitnya matahari membawa cahaya terang.(Syair Imam Ahmad bin Hanbal)

Sunday, January 16, 2011

bahagian akhir ( HAKIM HIDAYAT BIN ABDULLAH)

Soalan yang dikemukakan,oleh Kim tadi membuatkan aku sedikit tersenyum,dengan segera aku membalas “cantik” . Kita harus kembali kepada bagaimana dapat dirasanya kehadiran udara… sudah tentu saudara sendiri tahukan apa yang terkandung di dalam udara? “ya pintas Kim terdapatnya beberapa gas seperti nitrogen dan sebagainya” . jawabnye, “ bagus tetapi di dalam nitrogen,oksigen sudah tentu terdapat kandungan yang terdapat di didalamnya bagi mewujudkan udara bukan? Erm boleh saudara terangkan apa yang terkandung di dalamnya? Soal ku kepada Kim. Kelihatan kali ini dia terdiam seketika,bak berfikir sesuatu . Dengan nada perlahan Kim menjawab. Kalau tidak silap melalui perkiraanku, terdapatnya sejenis molekul atom yang terdiri daripada neutron,proton dan sebagainya”.

“ Kalau begitu sudah tentu di dalam neutron,proton terdapatnya kandungan-kandungan yang menjadikan atom itu wujud?

Kim menggeleng lemah kepalanya dan berkata. “ saya hanya mengetahui bagaimana udara itu wujud saja. Kerana saya bukannya ahli kimia yang mengkaji semua itu”.

“ kalau begitu samalah juga dengan bagaimana soalan yang saudara kemukakan tadi mengenai bagaimana dan siapakah pencipta tuhan. Hanya mereka yang bergelar ulam yang benar-benar mendalamai dan memahami ilmu tauhid ini sahaja mampu memberikan jawapannya. Konklusinya apa yang ingin utarakan di sini ialah apa yang wujud atau terhasil seperti udara ini adalah sukar untuk kita mengesan puncanya..hanya Maha penciptanya sahaja yang mengetahuinya, jika sehalus udara ciptaanya ini pun kita tidak mampu mengetahui puncanya apatah lagi penciptanya……….”

“ saya hanya percaya jika terdapatnya kewujudan dan buktinya sahaja” ,nampaknya Kim masih lagi tidak mahu mengalah dan masih lagi dengan teorinya itu.

“Apakah kewujudan langit tidak bertiang, bintang terapung-apung di awangan tanpa tali, siang dan malam yang bersilih ganti teraturnya juga sinaran matahari yang tidak pernah kehabisan kepanasannya masih tidak mampu bagi membuktikan kewujudan maha penciptanya iaitu tuhan?”

“tercipta dan wujudnya semua itu adalah semula jadi”. Kim terus kukuh dan tidak mahu bergnjak dengan pendirinnya itu. Apabila dia mengembalikan pendapat asalanya itu,diarasakan tiada guna untuk aku berkeras dan terus berdebat dengan manusia seperti dia yang hanyut dengan sinar kegelapan lagi sesatnya itu.lagipun dirasakan bagai tiada minat lagi untuk berbicara dengan Kim mengenai soal agama.

Usai pulang dari surau di perumahan di waktu subuh di hujung minggu ini,rasanya molek kalau pergi keluar untuk bersenam dan berjogging getus hati ku sendirian. Tatkala melngkah kaki masuk ke pintu rumah aku terkejut apabila tiba-tiba ditegur oleh Kim..” Amin ..sebenarnya saya mahu minta maaf mungkin disebabkan malam kelmarin …..erm…saya telah menyebabkan kamu marah , sikap saya yang enggak mahu menerima pendapat dan pandangan kamu itu.”

“ oooo tentang hal kelmarin.erm tak perlu risaulah Kim lagipun buat apa saya mahu marah kepada kamu, lagipun saya tidak akan kerugian apa-apa jika kamu tidak mahu menerima dan terus dengan pendapat dan teori kamu itu, jika kamu mahu tahu di dalam islam tiada paksaan dan itu merupakan hak saudara untuk menerima atau menolaknya ! ujarku lagi.

“ sebenarnya perbincangan malam kelmarin telah banayk membuka fikiran saya untuk lebih banyak berfikir mengenai kejadian alam serta kewujudan tuhan ini serta memikirkan sesuatu yang baru”.

“Sebenarnya islam bukanlah sesuatu yang baru,kerana ianya telah wujud sejak berabad-abad yang lalu”. Tapi bagi saya ia sesuatu yang segar , kerana sebelum ini secara jujurnya saya katakana bahawa, saya tidak pernah memikirkan apa yang kita bincangkan selama ini. Mungkin satu faktornya ialah ia tidak memberi sebarang faedah terhadap hidup saya, dan sukar bagi saya sendiri untuk mempercayai kewujudan tuhan dan lagi sukar bagi saya untuk menolak pendapat saya sendiri.” Ujar Kim dalam nada kesal.

“ tidak mengapa, sebenarnya saudara perlu lebih bnyak membaca buku-buku berkaitan dengan agama, kalau ada kesempatan silalah ke rak buku itu untuk membacanya.” Aku memperkenalkannya kepada beberpa buah buku berkaitan tauhid yang ditulis oleh ulama-ulama terkenal. Serta sebuah buku yang cukup tidak asing lagi iaitu apa ertinya saya menganut islam oleh Fathi Yakan. Namun begitu mungkin disebabkan kesibukan kerja yang semakin hampir menyebabkan Kim tidak mampu untuk selalu membuka buku-buku itu. Jadinya setiap kali ada ruang dan kesempatan akanku gunakan untuk lebih rapat dan membicarakan mengenai agama bersamanya.

“ Kim apa yang terlintas di fikiran saudara tatkala melihat lukisan yang cantik dan indah”? “ sudah tentu kehebatan pelukisnya” jawabnya ringkas. “bagaimana pula dengan pemandangan yang cantik serta terbentang, awan yang berkepul putih diselaputi kebiruan juga semasa waktu matahari terbenam.? Dia tidak terus menjawab ,sebaliknya diam seketika dia terpacul dari mulutnya “baagaimana dengan saudara?”

“ erm…subhanallah maha suci Allah yang telah mencipta segala yang ada di langit dan bumi.” Ujarku. Jawapanku membuatkan Kim menjadi diam dan hanya menggeleng lemah kepalanya seperti keinsafan.

Aku berasa sedikit lega apabila melihat riak wajah Kim yang sayu itu seperti ada sinar di wajahnya. Harapanku agar dia mampu untuk menerima ajaran agama yang suci ini. Bukan apa,, sukar sekali bagi orang berfahaman sepertinya untuk menerima sesuatu pendapat dan agama tanpa ada hujah yang bijak dan kukuh.

Petang itu aku dan Kim bersiar-siar di taman berdekatan dengan rumah kami. Tiba-tiba aku terpandang sarang lebah di sebatang pokok yang besar tidak jauh dari tempat kami berjalan. Di hatiku melafazkan maha suci Allah yang telah menciptakan makhluk di dunia ini, begitu juga dengan sarang lebah itu. Yang mana di dalamnya terdapat permaisuri serta lebah –lebah lain.begitu rumit , serta teratur ciptaannya. Dari sini aku timbulkan satu persoalan kepada Kim yang juga perasan dengan kewujudan sarang lebah di pokok itu. “ pada pendapat awak bagaimanakah sarang lebah yang terdapat di pokok itu wujud?” dengan pantas dia menjawab, semua itu adalah tercipta dengan tidak sengaja dan semula jadi.

“ ooooo jadinya kita sebagai manusia juga terjadi dengan tidak sengaja dan sama seperti haiwan lain juga? Bagaimana pula dengan penciptaan manusia yang merupakan satu-satunya makhluk yang memiliki akal berbeza dengan haiwan adakah ia juga tidak sengaja. Bukankah ianya seperti ciptaan yang teratur serta memiliki penciptanya? Mustahil setiap yang teratur ini terjadinya dengan semula jadi dan tidak teratur.” Setelah mendengar kenyataan itu sekali lagi Kim terdiam dan tidak mampu mengujarkan kata. Kami pun berjalan menuju pulang ke rumah kerana maghrib kian menjelma.

Usai solat maghrib seperti biasa aku dan Kim akan makan malam bersama.kebetulan malam itu giliran untuk memasaknya ialah Kim ..dalam hatiku… “hehe malam ni merasa juga aku makan masakan korea”. Sedang leka makan Kim bertanyakan kepadaku dilihat bertapa ramainya orang miskin serta pengemis yang tidak ada tempat tinggal serta makanan dalam erti kata lain kebuluran, adakah tuhan itu kejam ? kali ini aku perlu bijak mengatur bicara agar tidak timbul kesilapan dalam memberi tutur kata kepadanya.

“tuhan! jadinya saudara Kim percayalah bahawa wujudnya tuhan?” soal ku

“Erm, …ya” balasnya perlahan.

“Kim sebenarnya tuhan itu tidak kejam,sebaliknya setiap yang hidup di alam ini adalah miliknya maka segala terjadinya di alam ni adalah kehendaknya. Hal ini kerana segala yang diciptakan adalah hak mutlaknya.jadi ia berhak menjadikan bagaimana ciptaannya. Tuhan tidaklah kejam ,sebaliknya kita sebagai mahkluk harusnya sentiasa berusaha dan berdoa agar sentiasa dirahmati oleh pencipta. Ini kerana dalam kitab al-quran pun ada menyatakan bahawa “ maka bertebaranlah di muka bumi Allah carilah rezeki yang halal”.

Maksudnya alam yang diciptakan ini luas dan sekiranya kita rajin berusaha segalanya mampu berubah. Bukan itu sahaja hanya kita sahaja yang merasakan gusar dan susah melihat keadaan mereka yang miskin,sebaliknya bagi mereka ini kebanyakkannya bersyukur kepada Allah iaitu tuhan yang menciptakan alam ini,kerana memberi rezeki walaupun sedikit tetapi berkat.” Balasku dengan harapan Kim mampu memahaminya.

“Baiklah sekarang saya menerima kewujudan tuhan” balasnya ringkas. Aku berasa gembira kerana akhirnya terbit dari mulutnya perkataan tuhan yang selama ini begitu sukar sekali baginya untuk meluahkannya. Tetapi mungkin untuknya memeluk agama islam ini adalah sedikit sukar kerana begitu bnyak lagi persoalan yang ditumbulkannya.

“ Kim kalau awak ingin tahu agama islam ini begitu indah ajarannya,setiap apa yang kita lakukan semuanya telah di ajar dan disusun dengan lengkapnya di dalam kitab al-quran yang begitu indah ayat-ayat dan tafsirannya. Hanya kita sahaja sebagai manusia yang bijak memilih samada ingin memilih jalan ke syurga mahupun neraka”.

“ Tetapi bagi orang seperti saya ini adakah masih miliki peluang untuk ke syurga sedangkan begitu banyak dosa yang telah dilakukan sebelum ini seperti tidak mempercayai kewujudan tuhan dan sebagainya.” Soal Kim. “ begini Kim inilah yang dikatakan agama islam itu adil kepada penganutnya, sebagai contoh Allah menerima taubat hambanya yang benar-benar memohon taubat untuk kembali ke pangkal jalan, begitu juga dengan mereka yang baru memeluk agama islam.mereka ini diibaratkan seperti baru dilahirkan.”

Sedar tidak sedar, hari ini merupakan hari terakhir Kim berada di sini bersamaku. Ini kerana setelah kami menyiapkan kolobrasi kerja bersamaku, bermakna Kim juga akan pulang ke Korea untuk kembali bekerja di syarikatny autimobilnya. Selesai sahaja solat subuh dan berdoa, aku berpaling ke belakang dan kelihatan Kim duduk memerhatikan ku seperti mana yang dilakukannya pada awal kedatangannya. Kali ini dia terus datang bersalam dan memelukku sambil berkata “ Amin terima kasih kerana telah membuka satu lembaran baru dalam hidup saya….dalam keadaan air mata mengalir ‘ saya bersedia untuk memeluk agama islam”. Aku yang mendengar ungkapan itu seolah-olah bermimpi ,benarkah ini Kim yang selama ini aku kenal..subhanAllah maha sucimu telah memberi hidayat kepada sahabatku ini. “ tetapi tidakkah kamu menyesal dengan niat kamu ini?”

“ tidak saya tidak pernah menyesal dengan keputusan yang dibuat, sebaliknya saya berasa lebih tenang dan tenteram”. Katanya sambil terus mengenggam erat tanganku.

“Baiklah”. Ujarku. Setelah itu aku menceritakan segala syarat kepadanya sebelum melafazkan kalimah syahadah yang mulia itu. Pagi itu kami ke pejabat agama islam bagi melafazkan kalimah suci itu di hadapan kadi yang bertanggungjawab dan lebih arif dalam hal ini. Dan kini sahlah Kim atau nama islamnya Hakim Hidayat Bin Abdullah memeluk agama islam. Aku benar-benar bersyukur di atas segala yang berlaku ini. Ku panjatkan syukur kepadamu ya Allah kerana Berjaya melembutkan hati serta memberi hidayah kepada saudara baru ini. Sebelum Hakim menaiki pesawat penerbangan pulang ke Korea aku sempat memesan kepadanya agar terus mendalami ilmu agama islam di sana serta dampingilah bersama mereka yang bergelar alim ulama . Tidak lupa juga ku mengingatkan kepadanya agar sentiasa berhubung dengan denganku sekiranya terdapat masalah dalam hal agama.

Tanpa disedari air mataku mengalir tanda kesyukuran terhadap kurniaan Allah ini. Sesungguhnya tiada paksaan dalam memeluk agama islam. Sebaliknya ianya akan hadir melalui keikhlasan serta hidayat yang diberikan oleh Allah terhadap hambanya.

Sunday, January 2, 2011

Hakim Hidayat Bin Abdullah (bahagian 2 )

Kala malam mula menjeguk ke dewasanya, aku masih belum dapat melelapkan mata , bukan sebab fikir nak cari jodoh,tapi terifikir mengenai perkataan yang diungkapkan oleh Kim isyak tadi. “Intresting,, latihan fizikal yang baik” dan satu lagi ‘Ye Kim tahu”. Ungkapan itu membuatkan aku berasa agak terkejut, kerana orang yang bukan beragama isalam seperti lelaki korea itu teruja serta memuji solat 5 waktu yang ditunaikan. Sedangkan sesetengah yang beragama islam pun belum tentu sepenuhnya islam ,malah jika dilihat kini agak menyedihkan dimana kebanyakkannya sanggup murtad semata-mata mengikut kekasih dan memikirkan agama islam ini merupakan agama yang mengongkong penganutnya. Erm mungkin itu cuma inferens awal aku terhadap Kim, mungkin dia memuji secara ikhlas ataupun sebaliknya, “ tapi yang penting aku kini miliki satu peluang,dan kemungkinan peluang ini mampu hasilkan dua keputusan iaitu positif dan negative” ungkap hati kecilku sendirian. Teringat pula bagamana rasulullah bersama para sahabat berjuang serta berkorban demi menyebarkan agama islam .

“Dulu bukan macam sekarang,macam-macam kemudahan ada,tapi itulah yang difirmankan oleh Allah: tidak aku utuskan engkau Muhammad, melainkan untuk membawa rahmat kesekalian alam. Juga sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh tauladan yang baik. Lihatlah bagaimana Rasulullah Berjaya membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya , daripada kesesatan kepada kebenaran, semuanya melalui kesabaran, kebijaksanaan dan akhlak baginda sendiri yang mana kita sedia maklum begitu indah, sempurna sehinggakan Siti Khadijah sendiri tertarik hati dengan baginda sehinggakan akhirnya menjadi isteri baginda. Tidak cukup dengan itu bagaimana ada satu ketika baginda dilempar najis namun kesudahannya Rasulullah tetap membantu orang tersebut di kala ditimpa sakit.” Masih terngiang-ngiang lagi dimindaku kisah Rasulullah dan para sahabat menyebarkan dakwah yang mana diceritakan oleh Arwah datukku tatkala setiap kali pulang ke kampung ketika masih bersekolah dahulu kini segalanya dalam ingatan sebagai kekuatan dikala lemah menjengah diri.

Sedar tak sedar dah masuk tiga minggu Kim tinggal bersama aku, ini bermakna tinggal lagi beberapa hari lagi untuk dia pulang ke Korea semula. Erm lepas ni membujang balikla aku jawabnya. Namun begitu sepanjang bersama Kim masing belum sempat untuk aku berborak panjang dengannya juga bertanyakan mengenai latar belakang keluarganya. Maklumlah masing-masing bertungkus lumus menyiapkan model kereta yang nak dikeluarkan penghujung tahun ini. Bak kata sinitron Indonesia “ aku senang bangat kerja sama kamu” hehe . erm tapi inilah kenyataan sepanjang aku dan Kim menyiapkan model kereta ini tiada masalah bagi kami semuanya berjalan lancar , sehinggakan pengurus syarikat memberi cuti selama tiga hari untuk memberi peluang aku membawa Kim bersiar-siar di sini. Kebetulan hari ini kerja sudah selesai makanya kami mengambil keputusan untuk berehat saja di rumah dan bercadang untuk keluar bersiar pada keesokkan hari saja.

“Bapa dan ibuku kerjanya saintis,namun darah pengkaji itu tidak sampai kepadaku ,tetapi yang hasilnya Cuma jurutera ”. ungkapnya dalam gurauan dan pelat Indonesia yang pekat tu. “Herm, tidak mengapa Kim sekurang-kurangya ibubapa awak tentu bangga dengan kejayaan anak mereka,mungkin tuhan telah tetapkan rezeki kau di situ”. Balasku dengan nada bershaja. “TUHAN?” ucap Kim. “Erm mengapa Tanya begitu, adakah yang ku ungkapkan tadi salah atau menyinggung perasaan kau Kim?”. “ enggak ada apa-apa, Cuma aku mahu Tanya sama kamu ,mengapa kamu menadah tangan tika kamu sudah solat?” Tanya Kim. “ ooo itu aku berdoa serta bersyukur kerana mengurniakan ku nikmat yang ku miliki sekarang”. “ jadinya nikmat yang diberi itu kamu ngerti segalanya, bukankah apa yang yang tercipta di dunia ini adalah semula jadi, dari segala aspek, everything is semula jadi,tiada pmilik juga tiada pencipta” ungkapnya lagi. Erm…. Hatiku mula memahami dan mengetahui bahawa yang jejaka korea yang kalau dipandang oleh mana-mana gadis tentu akan cair kini seorang yang tiada berpegang kepada agama atau dengan kata lain “aties”, jadinya perlu lebih hati-hati untuk menjawab soalannya.

“ sukar untuk saya ungkapkan erti nikmat kepada orang yang tidak berpegang kepada agama seperti kamu” ucapku perlahan. Kim yang mungkin terdengar sedikit senyum …….. “saya tetap dengan pendirian bahawa yang tidak akan percaya kepada perkara yang abstrak dan ghaib”. Maklum sahajala latarbelakang keluarganya yang semuanya pengkaji ilmu sains yang mana setiapnya percayanya pada benda yang dilihat dan Nampak sahaja.

“Erm Kim bagaimana pula kalau aku katakana bahawa kau mempercayai kewujudan sesuatu yang kau tak Nampak dan boleh disentuh, mungkin kau akan mengubah pendirian?” tanyaku senkadar ingin mencuba kecerdikan dan kelajuannya berfikir untuk memberi jawapan. “ooo . enggak bias aku ulangi tidak sekali ku percaya sesuatu yang tidak wujud dan bias disentuh .serta paling utamanya ia ghaib…..erm langsung ku tidak percaya.” Balasnya dengan segera

“Kim bagaimana mengenai hembusan angin dan udara yang disekeliling diri kita, adakah awak Nampak dan dapat pegang angin dan udara tersebut? Bukankah engkau dapat merasanya serta menikmati udara itu”. ujarku lagi.

Tersenyap seketika Kim takkala ku mengajukan soalan itu. “ nah jelas telah di buktikan bawaha setiap kejadian pasti miliki penciptanya begitu juga dengan hembusan angin juga udara yang dihirup dapat rasainya tetapi tidak dapat melihatnya,satu bukti kejadian yang tidak dapat dilihat tetapi dapat dirasai. Mungkin tidak perlu bagiku menceritakan lebih mendalam ,kerana kamu juga sendiri sedia maklum bagaimana serta apa yang terkandung di dalam angin dan udara itu.”

Tiba- tiba terpancul keluar dari mulut Kim mengenai teori-teori barat seperti teori buah epal isacc Newton.bagaimana buah epal boleh jatuh dengan sendirinya dari atas pokok dan terus mengungkapkan “ alam ini adalah semula jadi tiada penciptanya seperti mana buah epal yang jatuh dari pokok dengan sendirinya.”.

“itula pemikiran orang yang tidak miliki akal panjang tidak berfikir dengan lebih mendalam mengenai apa yang dilihatnya terus membuat keputusan dengan sendiri dan tidak bersyukur “. Ujarku jelas.

“jadinya saudara mengatakan bahawa rasionalnya tuhan yang mencipta dan mengawal segala apa yang berlaku di ala mini? Bagaimana pula dengan tuhan siapa yang menciptakannya pula”.soal Kim?........... bersambung

Al-QURAN kitabku