SINAR KEBANGKITAN

Sinar merupakan satu dari kebangkitan untuk pemuda pemudi atau lebih mudah digelar SYABAB..bukan bertujuan untuk berkata kepada sesiapa namun untuk ingatan kepada diri sendiri dan sahabat yang sering terleka dan lalai dengan perkara yang bukan-bukan.Kerana di tangan merekalah letaknya kepimpinan akan datang,jika elok masa kini maka eloklah akan datang.Namun bukan mudah mereka diumpamakan kain putih yang mana perlu dicorak.dengan warna yang cantik dan molek dipandang.Begitu juga seperti syabab mereka perlu dimasak dengan pengalaman dan disuap dengan ilmu agar dapat menghasilkan kepimpinan yang mantap dan membentuk sesebuah kejayaan sebuah negara.
Mungkin seorang pemuda tidak mengerti kesan yang membawa petunjuk,Sedang terbitnya matahari membawa cahaya terang.(Syair Imam Ahmad bin Hanbal)

Wednesday, May 30, 2012

Aishiteru



terpisah  sesaat saja tiada kapan kucuriga entah apa lagi xingat la,, hehe amboi kateko
“Walau raga kita terpisah jauh, namun hati kita selalu dekat”.
selalu kan semua dngar lagu ni kat radio ke hanphone ke. kan2???sesaat saja tiada curiga,, lagi walau jaad berpisah jauh tapi hati kita tetp rasakan cinta...twink2. mcm ada pe tu orang putih panggil chemestry KIMIA ,, mesti yang dilamun cinta dngan pasangannya tentu pernah rasa kan2??  ermmm tapikan macmner pula cinta kepada Rasulullah yang tidak pernah melupakan cintanya kepada kita?
ayuh kita bace kisah ni kateko^^
Suatu ketika bersama Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam sahabat-sahabatnya yang mulia. Dibarisi sahabat paling setia Abu Bakar as-Siddiq. Terkeluar dari mulut baginda yang sangat mulia.“Wahai Abu Bakar, aku begitu rindu hendak bertemu dengan ikhwanku (saudara-saudaraku),”kata baginda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam.
Apakah maksudmu berkata demikian, wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu?”Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut pikiran.
Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku.” Suara Rasulullah bernada rendah.
Kami juga saudaramu, wahai Rasulullah,” kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian Baginda bersuara,
Ikhwanku adalah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku dan mereka mencintai aku melebihi anak dan orang tua mereka. Mereka itu adalah saudara-saudaraku dan mereka bersama denganku. Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman kepadaku dan beruntung juga mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku.” (Hadis Muslim)
nahi cuba kita lihat betapa kasih dan cinta Rasul untuk umatnya. Walaupun Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah bertemu dengan kita namun cinta dan kasihnya kepada kita tidak pernah pudar. Kisah cinta Baginda membuatkan kita berasa amat malu untuk bertemu dengan baginda. Namun demi Allah, sama sekali setiap umat yang lahir di muka bumi ini mesti memasakkan cita-cita untuk diketemukan dengan Baginda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam.
persoalannya adakah cinta kita mampu menandingi kisah cinta seorang Rasul terhadap umatnya? Bahkan dirinduinya kita untuk ditakhtakan syafaat penyelamat di alam akhirat. Sehinggakan diceritakan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam juga menyimpan doa mustajabnya untuk dijadikan sebagai syafaat bagi umatnya pada hari yang paling penting dan sukar iaitu Hari Kiamat.
Abu Hurairah ra meriwayatkan, bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:“Setiap nabi mempunyai doa yang mustajab. Maka setiap nabi bersegera memanfaat doa itu. Tetapi aku menyimpankan doa itu sebagai penolong untuk umatku pada Hari Kiamat.” (riwayat Muslim dalam kitab al Iman)
Adakah nilai cinta kita kepada seorang ‘boyfriend’, atau ‘pakwe’ seandainya si BF tersebut siang malam merindu, menghantar SMS, mengirim bunga cinta, dan menyemai setia, namun kita selaku ‘GF’ nya sekadar menyemai wajah penuh penipuan tanpa rasa cinta kepada pasangan kita. Bukankah kita ini pasangan yang kejam dan tidak jujur dalam percintaan?
Begitu jugalah cinta kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.

akhir kalam
Apakah layak diterima syafaat darinya andai cinta kita kepadanya berkalung dusta. Sedangkan baginda saban hari mengalirkan air mata mengenangkan nasib kita. Wahai Rasulullah saksikanlah hari ini aku mencintai dirimu walau aku tidak pernah menatap wajahmu. Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh. Terhapus ruang dan waktu. Percayakan kesetiaan ini. Pada ketulusan Aishiteru….

Saturday, December 24, 2011

AKU INSAN YANG LEMAH yang xpunya kuasa..

lemah!!!!
aku insan lemah,yang sering lelah dalam ruang nafasku sendiri,
yang sering terkejar oleh batasnya waktu dinihari,,,,tersungkurnya aku di ranjau berduri...
tak terdaya bangun berdiri andai rebah tubuh menunduk juga sesat dalam kekabusan yang tak bertepi...
masih tercari2 hidayah mu ya ALLAH.........................................

lemah!!!
padamu ingin aku mengadu ya Allah,,, ya Allah dengarlah rintihan hambamu ini..
ku sujud menghambakan diri dalam sunyi,, dalam keheningan suasana malam... dalam dinginnya embun pagi... mengahrapakan diaminkan oleh jutaan malaikat,, agar pintaku ku engkau berkat...
Ya Allah berikan daku ketenangan diri... sepertimana yang kuharapkan....
sepertimana yang engkau janjikan... keran AKU HANYALAH INSAN YANG LEMAH YANG TAK PUNYA KUASA>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<
bismillahirahmanirahim........... mata berkelip pasti ada penciptanya..... mulut berkata2 pasti ada penciptanya.... ya bebicara mengenai nikmat Allah,, sudah pasti ia merupakan besar sekali ,,, sesuatu yang bisa kita lihat sebagai seringkali dinanti-nantikan oleh semua orang... erm seperti kita juga yng mana ada bergelar pelajr,, perlunya bersyukur walaupun terselindung disebalik kesusahan pastinya Allah akan mmbantu dalam mengurniakan nikmatnya...

apabila kita juga bebrcara mengenai kemalasan dan kelemahan ia merupakan kesusahan yang menyedihkan yang sebenarnya.. sementara orang yang bersungguh-sungguh adalah org yang mengetahui bagaimana dia mampu hidup senang dan bahagia, inilah dinamakan nikmat dari Allah....

erm tiba tika detiknya waktu hehe maghrib sudah tiba,.. ia sekadar perkongsian mghrib.. yg mana andai ada kesalahan dan pembetulan sila tegur2kan ya... ibarat yg sedikit dikongsi pasti ia akan mengembang menjadi banyak.........



SEMOGA KESUSAHAN YANG TERJADI PADAKU,, ADA KEMUDAHAN YANG DEKAT DIBALIK ITU... (mungkin boleh dibaca didalam hati andai berlaku kesulitan )yg penting Allah itu maha berkuasa......

ia sehingga ketemu lagi di post akan datang,, mungkin nak kembali mencoret seperti dulu hehe....

Wednesday, October 19, 2011

kembali menyerang..

Assalamualaikum,, lame benor dah x mencoret kat bende ni kate ko..... teringin pulak nak tulis....erm rasenye dah lame die xdatang menyerang,,,, tapi tetibe je die mai ... perghhh xtahan kateko....jadi terpakasala menelan 2biji benda laju agar boleh ilang sikit kesakitan tu,,, tapi apepun.. yang memberi dan menyembuhkannya ialah Allah S.W.T.. jadi sebgai hamba,, yakin dengan kekuasaannya menjadikan kita lebih dkat dengannya... ... erm sajela ye.. sbgai pengisian dakwat yg mngkin akan kembali basah.... ^^ :( ^^

Tuesday, August 2, 2011

Fadhilat dan Kelebihan Tarawih Ada pun fadhilat dan kelebihan bagi orang-orang yang mengerjakan sembahyang sunat Tarawih adalah seperti berikut :-


Malam

Kelebihannya

1Dosanya keluar seperti ia baru di lahirkan ibunya
2Dosanya di ampuni, begitu pula dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin
3

Di panggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan: “Mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu”.

4Di beri pahala yang sama, dan pahala orang-orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
5Di beri pahala seperti orang yang melakukan sembahyang di Masjidil Haram di Makkah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Palestin
6Di beri pahala seperti pahala malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur, batu-batu serta pasir turut sama
memohonkan ampun baginya
7Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir’aun dan Haman
8Di berikan oleh Allah segala apa yang pernah di berikan kepada Nabi Ibrahim ‘alaihisalam
9Seperti pahala beribadah kepada Allah yang di lakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W
10Di kurniakan oleh Allah kebaikan dunia dan akhirat
11Keluar dari dunia seperti pada hari dilahirkan dari kandungan ibu bersih daripada segala dosa
12Datang di hari kiamat dengan keadaan mukanya bercahaya dan bersinar bagaikan malam bulan purnama
13Datang di hari kiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan
14Disaksikan oleh para malaikat, kalau dia telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan di bebaskan oleh Allah dari segala mudarat.
15Di minta ampun oleh para malaikat, oleh malaikat yang memikul Arasy dan Kerusi.
16Di bebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga
17Di beri pahala seperti pahala para Nabi
18Di seru oleh para malaikat, “Wahai hamba Allah, bahawasanya Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tua kamu”.
19Di angkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.
20Di beri pahala para syuhada dan salihen
21Di bina rumahnya dari nur di dalam syurga.
22Kelak di hari kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan
23Di bangunkan sebuah kota untuknya di syurga
24Di beri pahala yang berupakan dua puluh empat permohonan di kabulkan
25Di hapuskan dari seksaan kubur.
26Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun
27Dalam melintasi sirat (jambatan) pada hari kiamat kelak, dia akan dapat melintasi dengan laju bagaikan kilat menyambar.
28Allah mengangkat dengan seribu darjat di syurga
29Diberi pahala seribu haji yang mabrur
30Di panggil dan di persilakan oleh Allah, wahai hambaku, makanlah buah-buahan syurga dan mandilah dengan air salsabil (air syurga yang sedap di minum) serta minumlah dari telaga kausar. Akulah Tuhanmu dan engkau hambaku.

Friday, June 17, 2011

kelemahan di sebalik kekuatan,,,,,,,kekuatan di sebalik kelemahan.....
segalanya perlu di serap dan di garap supaya ia menjadi satu keistimewaan.....
kalau takut dillambung ombak ,,jngan menonton filem ongbak..eh silap jangan berumah di tepi pantai..... begitu juga kehidupan,,,yang dilalui,,kalau takut nk hadapi cabaran n dugaan susahle mike nak trus kan kehidupan ni yeop dan yong oii....

rupa..dorian luarnye berduri ,,tapi dalam die lemak kate ko....tapi nak dapat yng lemak dalam.tu kena lalui durinye dulu....( kalo dikaitkan dengan hidup kita ni faham2 la ye :) )..
kate orang tua..bukan senang nak senang..jadi kepada semua yang sedang menuju tangga kejayaan,,bersabar la ye dalam mendakinye ye,,,.... kepada semua rakan2 di IPT dan IPG....selamat kembali ke kuliah... kembali dngan tenang dan gembira.... :)

Saturday, May 14, 2011

Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a


Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Jujur dalam berkata-kata.

2) Menjauhi segala yang haram.

3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Merahsiakan ibadahnya

2) Merahsiakan sedekahnya.

3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.

2) Menjauhi kejahatan.

3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Mengawasi dirinya.

2) Menghisab dirinya.

3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Semoga diberi taufiq dan hidayah untuk kita memiliki kesemua sifat-sifat tersebut amiin…

Al-QURAN kitabku