SINAR KEBANGKITAN

Sinar merupakan satu dari kebangkitan untuk pemuda pemudi atau lebih mudah digelar SYABAB..bukan bertujuan untuk berkata kepada sesiapa namun untuk ingatan kepada diri sendiri dan sahabat yang sering terleka dan lalai dengan perkara yang bukan-bukan.Kerana di tangan merekalah letaknya kepimpinan akan datang,jika elok masa kini maka eloklah akan datang.Namun bukan mudah mereka diumpamakan kain putih yang mana perlu dicorak.dengan warna yang cantik dan molek dipandang.Begitu juga seperti syabab mereka perlu dimasak dengan pengalaman dan disuap dengan ilmu agar dapat menghasilkan kepimpinan yang mantap dan membentuk sesebuah kejayaan sebuah negara.
Mungkin seorang pemuda tidak mengerti kesan yang membawa petunjuk,Sedang terbitnya matahari membawa cahaya terang.(Syair Imam Ahmad bin Hanbal)

Saturday, February 13, 2010

CINTA,,,,KASIH???

Bismillahirahmanirahim …..
CINTA ?
Di dalam bulan februari untuk tahun 2010 ini mungkin kalau ditanya kepada remaja, belia apakah peristiwa dan tarikh yang mereka tahu ? jawapanya mungkin hari yang jatuh pada 14 Februari, tibalah hari yang dikomersialkan sebagai Valentine Day atau Hari Kekasih. Mungkin siapa yang masih ingat dengan keluaran ruhul jaded tahun lalu mengenai kisah kasih lelaki dan rama-rama. Kisah ini mengisahkan begitu pentingnya dan bernilainya mahkota pada diri seseorang lelaki dan wanita itu. Berbalik semula kepada hari kekasih seribu satu alasan yang diberikan oleh mereka yang menyambutnya ada yang mengatakan mereka bukanya menyambut hari kekasih secara berlebih-lebihan,hanya sekadar mengucapkannya dengan satu pesanan ringkas atau sekuntum bunga. Tidak kurang juga ada yang mempersoal tidak salah menjadikan hari khas berkasih sayang seumpama 14 Februari ini. Malah dikuatkan lagi dengan hujah mereka bahawa bukannya mereka bermaksud mengingati peristiwa sejarah berkenaan tarikh tersebut. Realitinya agama islam merupakan agama yang adil serta tidak mengongkong. Sebaliknya agama islam mengaturkan kehidupan umatnya dengan lebih sempurna. Islam tidak pernah menyekat hubungan kasih saying di antara umatnya tetapi melalui saluran yang dibenarkan syarak. Cinta yang utama adalah kepada Allah,Rasul-Nya. Ingatlah cinta hakiki yang berlandaskan iman akan melahirkan cahaya keinsafan kepada hakikat diri dan peciptaan. Sekali gus mencambahkan jiwa rela berkorban dan mampu menunudukkan hawa nafsu, seterusnya cinta ilahi akan memandu kita supaya lebih bererti. Islam memandang cinta kasih itu sebagai rahmat daripada Allah. Maka, seorang mukmin tidak dianggap beriman sebelum dia berhasil mencintai saudaranya seumpama dia mencinta dirinya sendiri. Kasih saying seorang mukmin umpama tubuh , jika salah satu anggota tubuh terasa sakit, maka tubuh yang lain turut terasa sakit. Mencintai dan dicintai itu adalah suci di mata islam yang mana harus disuburkan dalam dada setiap pemeluknya. Kerana itula islam menghalalkan perkahwinan sebagai saluran yang betul untuk meluahkan perasaan cinta dan keinginan berkasih –sayang. Namun begitu golongan remaja , janganlah kita lupa bahawa kasih saying kepada ibu bapa, keluarga, agama ,bangsa dan Negara juga adalah sebahagian tuntutan agama.
Suka untuk saya berkongsi dengan anda semua mengenai satu tarikh dan peristiwa yang begitu tinggi untuk kita mengetahui serta hayati bersama. 12 rabiul awal yang jatuh pada 26 februari pada tahun ini mengingatkan kita mengenai kelahiran seorang yang begitu mulia di sisi Allah. Muhammad Bin Abdullah nama diberi . lahirnya dijanjikan Allah untuk membawa rahmat ke sekalian alam. Membimbing ummah yang bertamandun , kaulah contoh kekasih Allah ya Rasulullah yang ku cintai. Walaupun ujian yang melanda kau sabar menghadapinya ,semuanya kerana agama islam dan umatmu. Jelaslah di sini bertapa sayangnya Rasulullah SAW terhadap kita semua sebagai umatnya.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima:
1) Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2) Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3) Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4) Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5) Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."
Ayuh rakan-rakanku semua bersama kita mengingati serta menghayati peristiwa 12 rabiul awal ini semoga ia mampu menjadi sesuatu yang begitu dicintai serta dirindui.
Akhir kalam kasih sayang dalam islam bersifat universal. Ia tidak dibatasi ruang dan waktu. A Dalam konteks kita sebagai bakal pendidik seharusnya bagi kita menerapkan serta faham mengenai kasih sayang . Kasih sayang wujud melalui yang nyata seperti silahturahim, menjenguk yang sakit, meringankan beban jiran tetangga yang sedang ditimpa musibah, mendamaikan orang yang bertelagah serta mengajak kepada kebenaran dan mencegah perbuatan mungkar. Dalam pada itu, Islam tidak melarang kita saling mengenali adat resam serta budaya umat lain selagi tidak melewati batasan yang ditetapkan. Bagi perkara yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam, maka kita perlu menjauhinya sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Kaafiruun yang bermaksud: Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku. Sekian salam maulidul rasul 1431..

Al-QURAN kitabku