SINAR KEBANGKITAN

Sinar merupakan satu dari kebangkitan untuk pemuda pemudi atau lebih mudah digelar SYABAB..bukan bertujuan untuk berkata kepada sesiapa namun untuk ingatan kepada diri sendiri dan sahabat yang sering terleka dan lalai dengan perkara yang bukan-bukan.Kerana di tangan merekalah letaknya kepimpinan akan datang,jika elok masa kini maka eloklah akan datang.Namun bukan mudah mereka diumpamakan kain putih yang mana perlu dicorak.dengan warna yang cantik dan molek dipandang.Begitu juga seperti syabab mereka perlu dimasak dengan pengalaman dan disuap dengan ilmu agar dapat menghasilkan kepimpinan yang mantap dan membentuk sesebuah kejayaan sebuah negara.
Mungkin seorang pemuda tidak mengerti kesan yang membawa petunjuk,Sedang terbitnya matahari membawa cahaya terang.(Syair Imam Ahmad bin Hanbal)

Saturday, May 8, 2010

Siapakah kita di muka bumi?

Bismillahirahmanirahim….
erm rasenye dah hampir dua bulan x menyentuh ruangan blog ini..tibe2 je nak tulis sesuatu sebagai peringatan kepada diri ini...Bersyukur kepada pemilik alam ini kerana member kesempatan dan ruang kepada kita yang bergelar hamba di muka bumi ini untuk terus meneruskan kehidupan dan pengajian di IPG Kampus Ipoh yang permai ini. Kali ini suka untuk saya berkongsi dengan sahabat-sahabat semua mengenai satu persoalan iaitu siapakah kita di muka bumi? Dan apabila membicarakan hal ini ramai yang terfikir apakah tujuan kita dihantar ke dunia ini? Adakah sekadar bersuka ria, menikmati duniawi atau sebaliknya.
"Tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepada-Ku." (Surah Az-Zariat: 56)
Maksud ayat di atas telah menerangkan tujuan kita dilahirkan ke dunia ini. Suka untuk saya berkongsi dengan anda semua mengenai dua tujuan kita di dunia, pertama sebagai seorang hamba dan kedua sebagai khalifah.
Namun begitu untuk menjadi hamba dan khalifah Allah ini, manusia terbahagi kepada berbagai tahap dan kategori, iaitu:
Ada manusia yang langsung tidak tahu dan tidak sedar bahawa mereka itu adalah hamba dan khalifah Tuhan. Dengan kata lain golongan ini berbuat apa sahaja yang mereka suka di muka bumi ini dan mereka menggantikan tempat Tuhan dengan nafsu mereka sendiri. selain itu ada golongan yang yang tahu mereka adalah hamba dan juga khalifah Allah. T etapi mereka hanya setakat tahu dan tidak lebih dari itu. Ilmu mereka tentang itu hanya bersemadi di akal fikiran mereka sahaja. Oleh yang demikian, mereka tidak ada kekuatan dan mereka cuai untuk melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab mereka sebagai hamba dan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Sedangkan ilmu yang dimiliki haruslah di sampaikan. Ada pula manusia yang rasa kekhalifahan mereka pula lebih menonjol. Mereka ini banyak terdorong untuk membuat kerja-kerja kemasyarakatan dan kepimpinan selaras dengan syariat Tuhan. Ibadah mereka sederhana sahaja. Mereka ini golongan pemimpin yang baik.
Kesimpulannya , konteks kita sebagai bakal guru seharusnya lebih terus memupuk dan menajamkan rasa kehambaan dan rasa kekhalifahan ini kerana rasa-rasa inilah yang menjadi kekuatan bagi kita untuk melaksanakan peranan kita sebagai hamba dan sekaligus sebagai khalifah Allah. Setakat mana rasa-rasa ini dapat ditajamkan, maka setakat itulah dapat kita berperanan. Kerana ditangan inilah yang akan melahirkan generasi khalifah di muka bumi ini… fikir dan renungkanlah bersama… 

Al-QURAN kitabku