SINAR KEBANGKITAN

Sinar merupakan satu dari kebangkitan untuk pemuda pemudi atau lebih mudah digelar SYABAB..bukan bertujuan untuk berkata kepada sesiapa namun untuk ingatan kepada diri sendiri dan sahabat yang sering terleka dan lalai dengan perkara yang bukan-bukan.Kerana di tangan merekalah letaknya kepimpinan akan datang,jika elok masa kini maka eloklah akan datang.Namun bukan mudah mereka diumpamakan kain putih yang mana perlu dicorak.dengan warna yang cantik dan molek dipandang.Begitu juga seperti syabab mereka perlu dimasak dengan pengalaman dan disuap dengan ilmu agar dapat menghasilkan kepimpinan yang mantap dan membentuk sesebuah kejayaan sebuah negara.
Mungkin seorang pemuda tidak mengerti kesan yang membawa petunjuk,Sedang terbitnya matahari membawa cahaya terang.(Syair Imam Ahmad bin Hanbal)

Saturday, May 14, 2011

Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a


Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Jujur dalam berkata-kata.

2) Menjauhi segala yang haram.

3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Merahsiakan ibadahnya

2) Merahsiakan sedekahnya.

3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.

2) Menjauhi kejahatan.

3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:

1) Mengawasi dirinya.

2) Menghisab dirinya.

3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Semoga diberi taufiq dan hidayah untuk kita memiliki kesemua sifat-sifat tersebut amiin…

Thursday, May 5, 2011

bismillahirahmanirahim.............
Bersyukur aku masih bernafas ,,diwaktu detik jarum jam itu mengikut detik iramanya,,dikiranya masa semakin lama semakin berlalu..... disaat dirasakan aku seperti terjatuh, terjatuh..tatkala,,aku semakin hari semakin gementar untuk menghadapi hari-hari yang mendatang...ya Allah dimanakah kekuatanku ????? kekuatan yang engaku berikan untuk hambamu sebagai khalifah di muka bumi ini...

erm....kenapa ya mesti ada dugaan di setiap hari yang kita lalui....bukankah indah kalau setiap hari dilalui dengan tenang dan indah.... tapi kalau xlalui dan lepasi duri,,ranjau kehidupan ni xdelah,,diri dipenuhi dengan pengalaman dan pengajaran....erm...selalu ingat mak abah pesan.... kalo dah dok tempat orang tu kena pandai bawa diri, jaga diri,, jangan lupa laksanakan segala perintah Allah dan tinggal larangannya....erm xselalu kite berada di situasi selesa..kalo dah jatuh kene kuat..walaupon mak n abah xde kat sisi,,tapi Allah ade sentiasa membantu hambanya,,Allah sentiasa mendengar keluhan dan rintihan hambanya... jangan mudah menyerah,,,kuatkan diri bangun semula dikala gelap suluhi dengan cahaya keazaman.....

Ape2 hal snyum selalu walau dalam masalah,,jngn dok berkerut...nnty x he....em hehe ...(^__^) (^__^) :) :).... mulakan segala hari-hari seterusnya dengan penuh hikmah dan kesabaran serta ....

Umat Islam yang mempunyai akidah yang teguh akan mudah menerima bencana, kesukaran, cabaran dan masalah akibat kecuaian orang lain. Oleh yang demikian kita perlu banyak bersabar menghadapi ujian Allah itu. Ditinjau dari perjalanan hidup kalangan utusan Allah dan solihin, mereka juga tidak terkecuali daripada ujian dan kesukaran hidup sebelum mencapai kejayaan. Malah, berapa ramai di kalangan mereka yang hidup sengsara dan menderita tetapi masih mampu bersabar. Nabi Adam, Nuh dan Muhammad tidak terkecuali daripada ujian Allah dan kesukaran hidup. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri bukan sekadar diuji dengan kesukaran menegakkan syiar Islam tetapi Baginda berdepan dengan dugaan duniawi seperti tawaran kedudukan dan kemewahan harta benda oleh kaum Quraisy sekiranya baginda tidak meneruskan perjuangan menyebarkan Islam.


hehe..makanya bertindakla,langkahlah kita sebijak pemikiran minda,dan otak yang diberi...ingat kawan2 sahabat2..ye segala masalah ade penyelsaian,,lalui dengan hikmah dan kebijaksanaan...daaa.................... jom tidorrr................. :)

Al-QURAN kitabku