SINAR KEBANGKITAN

Sinar merupakan satu dari kebangkitan untuk pemuda pemudi atau lebih mudah digelar SYABAB..bukan bertujuan untuk berkata kepada sesiapa namun untuk ingatan kepada diri sendiri dan sahabat yang sering terleka dan lalai dengan perkara yang bukan-bukan.Kerana di tangan merekalah letaknya kepimpinan akan datang,jika elok masa kini maka eloklah akan datang.Namun bukan mudah mereka diumpamakan kain putih yang mana perlu dicorak.dengan warna yang cantik dan molek dipandang.Begitu juga seperti syabab mereka perlu dimasak dengan pengalaman dan disuap dengan ilmu agar dapat menghasilkan kepimpinan yang mantap dan membentuk sesebuah kejayaan sebuah negara.
Mungkin seorang pemuda tidak mengerti kesan yang membawa petunjuk,Sedang terbitnya matahari membawa cahaya terang.(Syair Imam Ahmad bin Hanbal)

Friday, December 31, 2010

Hakim Hidayat Bin Abdullah (bahagian 1)

Mentari pagi ini cerah bagaikan miliki sinar yang bakal terpancul terang. Namun demikian bagi jejaka ini dirasakan bagai tiada apa yang berlaku, seperti biasa kemeja berlengan panjang yang digosok licin disarungnya, walau hidup bujang namun lagaknya persis miliki isteri yang sentiasa menyediakan segala kelengkapan kepada seorang suami yang ingin ke pejabat. Mana tidaknya ,dilihat sahaja pada pakaiannya, yang digunakan untuk ke pejabat biasanya sudah bergantung serta bergosok kemas di dalam almari coklat yang sederhana hasil pembelian gaji pertamanya. Bukan tidak mahu berkahwin, wanita mana yang tidak terpikat dengan Amin, jejaka bekerjaya sebagai seorang jurutera bagi syarikat pengeluaran automobile di Negara ini. Pangkatnya bukan rendah malah sudah beberapa kali ke luar Negara untuk mereka bentuk kereta yang dipasarkan di dalam Negara mahupun luar Negara.

Suasana pagi di pejabat memang seringkali sibuk , masing-masing dengan bidang dan bahagian tersendiri. Belum sempat menekan butang save pada laptopnya setelah selesai melakar bahagian pintu kereta, pintu bilik diketuk oleh seorang gadis usianya sebaya amin, “ ada apa pagi-pagi ni syikin? Macam kena kejar hantu je aku tengok.” erm bukan tadi bos panggil kau amin katanya ada hal penting nak disampaikan, hehe ke seberang laut lagi la kot kali ni Amin”, usik syikin. Siapa yang tidak kenal dengan Syikin pekerja syarikat yang paling periang walau macamana masalah berlaku sekalipun. “ Ah sudah ape hal la pulak bos ni panggil pagi-pagi ni..nak kata tak hantar lagi rekaan pintu untuk ditunjukkan kepadanya,,erm rasanya belum datelinenye lagi..” ligat kepala Amin memikirnya sehinggala tiba di pejabat pengurus besar syarikat . Salam yang diberi disambut dengan mesra, dilihatnya seseorang mirip warga korea seperti pelakon filem korea yang sedang hangat kini “MY HUSBAND” . takkan lah nak buat pengambaran filem kat sini pulak.

Sehinggalah diperkenalkan oleh pengurus syarikat lelaki asing kepadaku barulah terpancul hasrat untuk mengenalinya dengan lebih dekat, bukan apa sebelum ni bagi amin dirasakan kehadiran lelaki itu seperti pelawat asing yang selalu datang ke syarikat ini. Setelah diterangkan tujuan kehadiran pemuda korea bernama Kim Soo Won berumur 25 tahun itu, pengarah meminta aku untuk mencarikan tempat tinggal sementara kepada Park. Hal ini kerana Kim akan menetap di Malaysia selama sebulan dan bekerjasama dengan aku untuk menyiapkan model kereta terbaru yang dijangka berada di pasaran penghujung tahun ini. Untuk tidak menyusahkan aku mencari rumah sewa , bukan apa ditengah-tengah Bandar ni bukan senang nak cari rumah sewa silap haribulan ditipu oleh tuan rumah. Jadinya aku mengajaknya untuk tinggal bersama di rumahku. Lagipun bukan ada sesiapa , Cuma aku seorang yang tinggal di rumah dua tingkat di Taman Indah Permai tu. Gembira terasa hati ini apabila Kim tidak keberatan untuk tinggal bersamaku. Erm sekurang-kurangnya kuranglah sikit beban nak bayar sewanya,setelah dua orang rakan serumahku telah berpindah ke rumah mereka sendiri setelah berumah tangga.

Tinggal serumah dengan Kim tidak menjadi masalah bagiku ,maklum perbezaan dari segi agama dan budaya memang ketara antara kami berdua. Pernah satu malam selesai sahaja solat isyak ditolehnya kea rah Kim ,dilihatnya begitu khusyuk sekali memerhati Amin bersolat. “ erm nape Kim semacam je aku tengok kau ada ape-ape yang tak kena ke dengan diri aku ni?” tanyaku agak terperanjat apabila melihat Kim berada di sebelahku setelah usai saja solat. “erm…intresting,,,latihan fizikal yang baik” katanya dalam pelat Indonesia. Kebolehan Kim berbahasa melayu adalah disebabkan dirinya yang pernah bertugas di Indonesia suatu masa dulu. “bukan latihan jasmani la Kim ,ini merupakan sembahyang yang wajib ditunaikan bagi kami orang islam sebanyak 5 waktu sehari. “ye Kim tahu “ katannya dengan ringkas sambil menunjukkan isyarat bagus sebagai tanda memuji ……… bersambung……

Wednesday, December 29, 2010

PENANTIAN 14 TAHUN

MALAYSIA TANAH TUMPAHNYA DARAHKU,......

MEREKA YANG MEMBANGGAKAN


PIALA YANG MENJADI REBUTAN DI ASIA TENGGARA..




ASSALAMUALAIKUM.. SALAM 1MALAYSIA :)......PENANTIAN 14 TAHUN MALAYSIA UNTUK MENJULANG DAN MEMBAWA PULANG PIALA AFF SUZUKI AKHIRNYA TERLAKSANA JUGA....TAHNIAH KEPADA SEMUA SKUAD MALAYSIA..ANDA TELAH MEMBUKTIKAN SERTA MEMBUATKAN HARIMAU KEMBALI MENGAUM...SYABAS,,TAHNIAH ,,SEMOGA TERUS MAMPU MENGECAPI KEJUARAAN YANG LEBIH BESAR SELEPAS INI (^_______^)

Sunday, December 19, 2010

erm..sekali dapat beautiful blogger award da.....










بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

erm......Assalamualaikum..semua...hehe pertama sekali nak ucap terima kasih kepada Nur Shamimi Jamudin sebabnya memberi award..kepada blog yang tidak seberapa ini..erm sekali tengok dapat Beautiful Blogger award.....erm camner la boleh dapat ni,,,sedangkan kalo nak tahu,,blog ni dah la jarang nak di update,,kadang2 naik bersawang....hehe..pe2 pun terima kasih atas award ini...semoga sentiasa diberkati Allah :)

Friday, December 10, 2010

Islam mengangkat darjat wanita :)


Assalamualaikum..semua..hehe...cpat2 sblom mak memanggil .achik masuk tidor dah lewat..buat pe lagi xtidor.tu......heheh...

erm...sebut pasal mak ni..satu benda..kalau la mak bace ni..ish senyum je (^___^)
ISLAM MENGANGKAT DARJAT WANITA
diringkaskan

PERTAMA
mengutamakan ibu atas bapa (abah rileks abah tetap hero achik (^__^) )

kisahnya seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata " siapakah orang paling berhak untuk aku hormati? (kawan2 semua rasanya siapa) Baginda menjawab " ibumu".........lelaki itu terus bertanya lagi kemudiannya siapa? nabi Muhammad SAW menjawab,,"ibumu"....lelaki itu terus bertanya lagi kemudiannya siapa? nabi Muhammad SAW menjawab,,"ibumu"

lelaki itu terus bertanya lagi kemudiannya siapa? nabi Muhammad SAW menjawab,,"bapamu!"(riwayat al-Bukhari dan Muslim).

KEDUA
anak perempuan menjadi penyelamat di akhirat

sesiapa yang menanggung dua anak perempuan. lalu berbuat baik kepada mereka,,,(mendidik, mengasuhnya dengan sempurna) maka mereka akan menjadi tirai pencegah baginya daripada api neraka( riwayat al-Bukhari) begitu juga kepada mereka yang memiliki seorang atau lebih anak perempuan...( kepada anak lelaki..doa dari anak yang soleh sebagai pengiring ) :)
wanita itu bukan hamba lelaki tetapi setaraf dari segi nilai kemanusiaan bagaikan adik beradik..
"sebenarnya wanita itu adalah saudara kandung lelaki" (Riwayat Abu Daud) makanya sebagai lelaki harusnya melindungi mereka sekiranya berlaku..sesuatu yang tidak elok kepada kaum hawa :) dan bukannya merosakkan mereka....

KETIGA
amal soleh wanita diiktiraf oleh Allah sebagaimana amal soleh lelaki diiktiraf

" sesiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak akan dianaya walau sedikitpun" (surah al - Nisa' 6:124)....

KEEMPAT
hak wanita untuk diiktiraf

Umar al-khattab r.a berkata, "pada zaman jahiliah kami tidak menghargai wanita walau sedikitpun..Tetapi tatkala islam tiba dan Allah menyebut-nyebut tentang mereka, barulah kami sedar bahawa mereka mempunyai hak ke atas kami ...:)


erm konklusinya..diciptakan kita manusia dengan sebaik2 kejadian..maka akal diberi untuk memikirkan apa yang dikatakan mahmudah dan apa yang dikatakan mazmumah...erm rasenye tu je la...nak kongsi ngan kalian, semua...hehe ingatan untuk kita semua bersama,,terutama diri ini.... ok ternyatanya kapal sudah mahu belayar...... >>>>>>>>>>>>>> semoga tiada gelora hingga tiba ke destinasi (^____^)



Wednesday, December 8, 2010

NUR TUHAN

Nur Tuhan

Album : Penawar Hati
Munsyid : Hijjaz



Tak terucap kepiluan ini
Titik hitam yg menghijab hati
Hitung dosa saat pergi takkan kembali
Sisa umur tidak undur lagi

Perjalanan dalam kehidupan
Bukan jauh ketentuan datang
Mungkin esok takdir takkan dapat dihalang
Untung nasib di genggaman Tuhan

Isi alam puspa warna
Bukti Tuhan Maha Kuasa
Kemanakah arah tuju
Hukum Tuhan pasti berlaku
Bukan tempat lalai leka
Di dunia bakti di tempah
Tanam budi luhur budi
Di akhirat tempat Abadi


Himpun doa di pohon harapan
Tempat rahmat petunjuk pimpinan
Ikhtiar usaha moga dengan Nur dari Tuhan
Suluh terang jalan kebahagiaan

Tuesday, December 7, 2010


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

erm,, setelah seminggu akhirnya keputusan dicapai,,rutin 3tahun lepas kembali semula..semuanya kerana minat dan antara cita-cita terbesar sebelum menjejak kaki ke IPG IPOH...hehe...(tersenyum seorang diri bila teringatkan rutin ini)..

erm ,,, pagi2 lepas subuh dah siap2 untuk mencari bahan segar di pasar,,sebb kualiti n khasiat penting..prinsipnya bersih,halal,khasiat,,insyaAllah semua yang menikmatinya akan mendapat khasiatnya..(merepek pe da malam2 ni)... haa lpas balik pasar..mula la..merancang menu yang nak buat.....dah siap masak, pkul 3 pm mula la segalanya...hehe..dalam kul 7 wajib berkemas..,,usai solat segalanya,,cek pe yng kurang n listkan..erm malm baru ade mase kalo kawan2 ajak open court barula boleh kuarkan peluh ,hehe(main badminton)...

tetapi semuanya penuh pengalaman ,,dengan cabaran, dugaan dari diri sendiri n org ramai..bersyukur walaupun kadang2 tidak seberapa..tetapi ianya halal...insyaAllah... :)

erm.....(entah pe la yang ditulis malam2 ni tetibe je rase nak tulis)..hehe sejarah berulang kembali..

Sunday, December 5, 2010

EPAL :)


Angin petang meniup sepoi indah bak hembusan yang nyaman sekali...si epal termenung keseorangan sambil difikirannya ligat memikirkan sehingga sekarang masih belum ada seorang manusia yang menyuntingnya...ia berasa hairan mengapa dirinya yang mulus kulitnya, manis rasanye,cute tidak diendahkan..sedangkan rakan-rakannya yang lain telah disentuh masih ramai lagi peminat...??//
Memang tidak dinafikan kecomelan si epal ini..siapa yang melihat pasti meleleh air liurnya. Tetapi, akal yang tidak mampu menandingi perasaan takut yang menyelubungi si epal. Pada suatu pagi yang malang, si epal telah menggugurkan dirinya dari pohon tersebut. Dihatinya dirasakan gembira bukan kepalang. " erm sebentar lagi pasti aku akan menjadi rebutan manusia", getus hatinya sambil tersenyum semdirian.
Disangkakan indah,,rupanya hari berganti minggu, minggu berganti bulan,gembiranya bertukar hiba dan sedih..lantas kesedihan itu membawa kekecewaan.. kini tiada lagi kemulusan kulitnya,,semuanya bertukar menjadi buruk dan busuk..ulat memenuhi badanya. Si epal begitu kecewa kerana tiada seorang manusia pown yang mengambilnya.
**********************************************************************************
Ingatlah wahai kaum hawa..dirimu ibarat epal yang berharga,berada di puncak,susah digapai. Betapa tingginya maruahmu. Namun jangan dikau khuatir kerana dirimu akan menjadi milik seseorang yang hebat dan baik kerana berjaya mendapatkanmu :)

Sunday, November 21, 2010

KU BERSYUKUR PADAMU


erm....jika esok masih diberi ruang dan kesempatan bagiku untuk menebus segala dosa2 lalu yang telah banyak dilakukan,,,,insan biasa yang sering melakukan kesilapan,,jika esok masih diberi ruang untuk memohon keampunan darimu,,aku bersyukur ya Allah. jika esok masih diberi ruang untuk menghirup udara milikmu ni ,,ku bersyukur ya Allah. Jika esok masih mampu gerakkan anggota badan milikmu ini ,, aku bersyukur ya Allah. setiap desir angin yang kudengar,,,ku bersyukur atas nikmat ini ya Allah. setiap degup detap jantung ini,, aku bersyukur atas nikmat ini ya Allah

aku bersyukur atas segala nikmat kurnianmu Ya Allah... kalau dikumpulkan seluruh air laut di dunia ini untuk dijadikan dakwat, tidak cukup untuk menuliskan semuanya. Kalau dikumpulkan semua pokok-pokok di dunia ini supaya dijadikan batang pena bagi menuliskan segala nikmat Allah itu nescaya habis semuanya sebelum sempat menuliskan semua nikmat Allah itu.... SubhanaAllah..

Ya Allah jangan engkau mencabut dan menarik segala nikmat dan rasa syukur dari hatiku ya Allah,,, andainya ditarik nikmat dan rasa syukur ini,,akan membuatkanku bebal,tuli,buta dan mati......

YA ALLAH AKU BERSYUKUR
ATAS SEGALA NIKMAT KURNIANMU


Ya Allah..Bantulah hambamu untuk (senantiasa) mengingat-Mu,bersyukur kepada-Mu, serta memperbaiki (kualiti) ibadahku kepada-Mu.




Thursday, November 4, 2010

ERM manisnye DUGAAN Allah :)


Assalamualaikum. sahabat2 semua..hehe arini rase cam nak cuci sawang yang penuh dekat ruang ni..dah lame dah x cucinye ye.....erm bila teringat perkara2 yang membuatkan diri sedih tergerak pula nak corek sesuatu kat sini...mungkin sekadar untuk ingatan diri dan buat sahabat2 kalau dirasakan sesuai dan elok bolehlah bace dan jadikan panduan..

Jangan bersedih ,usah bersedih,kuatkan diri,,aku yakin aku mampu atasinya.itulah ungkapan yang sering diluahkan dalam diri dan jiwa tatkala dilanda masalah ,kemalangan,dugaan serta kehilangan orang yang kita sayangi. Namun begitu kita perlu ingat sahabat2 semua seandainya kita merasakan kehilangan segala-galanya atau ditimpa ujian ingatlah kita masih ada Allah di sisi yang mana merupakan teragung dan tuhan yang menciptakan kita. luahkan kalimah 'Allah ' dengan kuat ketika sesuatu yang berat menimpa kita. Allah maha penyayang ,maha mengetahui juga maha mendengar segala luahan dan masalah serta rintihan hambanya..."Allah"Allah"Allah"...ulangi la kalimah itu,nescaya dia akan membantu dan memakbulkan permintaan hambanya yang benar2 ikhlas.. :) ..

Rasulullah SAW yang merupakan kekasih Allah juga tidak pernah lari daripada ditimpa masalah serta kehilangan insan yang istimewa. jika diimbau semula kisah baginda..terdapat tahun kesedihan ketika tahun ke sepuluh kenabian baginda, Rasulullah ditimpa ujian yang sangat berat apabila kehilangan dua orang ang amat penting dalam kehidupannya iaitu bapa saudaranaya Abu Talib dan isterinya Siti Khadijah binti Khuwailid dalam jangka masa yang dekat. Rasulullah sentiasa yakin bahawa setiap ujian yang diberikan kepadanya dan para sahabat adalah bersifat sementara kerana Allah akan memberikan kemenangan dan kejayaan kepada hamba-hambanya yang sabar. Kita juga sebagai manusia perlu sedar bahawa setiap ujian dan dugaan yang diberikan oleh Allah adalah untuk menguji dan memperbaiki iman dan kekuatan diri kita. maka perlunya sedar bahawa keluh kesah itu akan menambahkan musibah, menyedari bahawa Allah tidak akan mengecwakan hambanya, berzikir selalu kepada Allah kerana dengan berzikir hati menjadi tenang, sentiasa memohon perlindungan dari Allah kerana syaitan sentiasa menyesatkan kita ketika dilanda musibah dan kesedihan dan contohilah orang yang bergembira ketika menerima musibah. belajarlah bagaimana mereka tenang berhadapan dengan masalah.

AKHIR KALAM ,,INGATLAH SEMUA UJIAN DAN DUGAAN ALLAH ITU PUNYA HIKMAHNYA..........DAN JANGANLAH SESEKALI MUDAH KECEWA DAN PUTUS ASA: YA ALLAH BERILAH PAHALA KEPADAKU DAN GANTIKANLAH AKU DENGAN SESUATU YANG LEBIH BAIK.... :)

Saturday, August 21, 2010


Bissmillahirahmanirahim..........

hermmmm...alhamdulillah,,bersyukur kepada Allah S.W.T..kerana limpah kurnianya,,dapat kita bertemu untuk ramadhan kali ..ini.. indah ciptaannya, maha suci Allah yang menciptakan siang dan malam. Terasa sangat nak berkongsi mengenai ramadhan kali ini..di harapkan semua rakan-rakan seperjuangan dapat melalui setiap detik ramadhan ini dengan tenang dan kikhlasan yang tinggi agar mampu mengecapi nikmat dan kemanisan rahmat dari Allah.

ibarat beluncas yang asalnya jika terkena pada tubuh akan berasa gatal....lalu ditukarkan kepada kepompong yang lama dan akhirnya bertukar kepada seekor rama-rama yang cantik..begitu indah ciptaan Allah terhadap makhluknya... begitu juga kita sebagai manusia gunakanlah kesempatan ramadhan kali ini yang dulunya ada yang dirinya bersifat nakal,erm dengan kat lain suka mengusik sana sini,,,mengacau sana sini,mengumpat tut sana tut sini,,ada yang tinggal solat ,,rasa benci kepada sesama insan he2..banyak lagi benda2 lgha yang lain....gunakan kesempata bulan mulia ini untuk bersama2 kita bermuhasabah ,bertaubat agar mampu untuk kita menjadi yang soleh dan solehah selepas ini...insyaAllah.....( ingatan untuk diri ku ini juga sahabat yang lain)..

Ya Allah berikanlah kesempatan di bulan ramadhan ini untuk ku melaluinya dengan penuh makna,,agar dapat diberi ruang dan kesempatan untkku menjadi di antara yang mendapat rahmat mu ya Allah... kurniakan keberkatan dan kesempurnaan kepadaku juga sahabat-sahabat sperjuangan ku ya Allah... amin.......erm...semoga ramadhan kita kali ini penuh makna..SELAMAT BERSAHUR DAN BERBUKA KEPADA SEMUA..SALAM RAMADHAN...:)

Tuesday, July 20, 2010

Ada Yang Kita Lupa


erm sudah lama sangat x buka blog ini,,rasanye mcm dah bersawang,xtaula kenapa,mungkin sibuk ke,pe ke?erm biarlah jawapanya bermain sendiri di fikiran ni,..... tetapi tiba- tiba pabila melihat titisan air yang laju turun dari langit melalui ruang tingkap yang terbuka , terasa pula nak kongsi bersama semua,,mungkin untuk peringatan diri sendiri. pertama sekali rasa syukur pada Allah kerana dengan kejadian hujan yang teratur alirannya,, menyebabkan flora dan fauna di alam ini tunduk berdoa memuji kebesaran Allah.. sama seperti makhluk yang bernama manusia,tidak lupa mengucapalhamdulillah,di atas kurniaan hujan ini..

Haa..... ada sesuatu yang nak dicorekkan,sama-sama lihat dan insafi serta ingati.....

Dalam tidak sedar.Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku),

Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya. Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup. Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa’nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa’Aafinii (sihatkan aku)

Wa’fuannii (maafkan aku)

Setelah selsai, diamlah sejenaklalu sampaikan rasa syukur kita. Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja.sedangkan kita perlu tahu senjata seseorang mukmin itu melalui doanya...(sekiranya sesiapa yang membaca coretan ini andai ada kesilapan ,harap ditegur ya)

Saturday, May 8, 2010

Siapakah kita di muka bumi?

Bismillahirahmanirahim….
erm rasenye dah hampir dua bulan x menyentuh ruangan blog ini..tibe2 je nak tulis sesuatu sebagai peringatan kepada diri ini...Bersyukur kepada pemilik alam ini kerana member kesempatan dan ruang kepada kita yang bergelar hamba di muka bumi ini untuk terus meneruskan kehidupan dan pengajian di IPG Kampus Ipoh yang permai ini. Kali ini suka untuk saya berkongsi dengan sahabat-sahabat semua mengenai satu persoalan iaitu siapakah kita di muka bumi? Dan apabila membicarakan hal ini ramai yang terfikir apakah tujuan kita dihantar ke dunia ini? Adakah sekadar bersuka ria, menikmati duniawi atau sebaliknya.
"Tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepada-Ku." (Surah Az-Zariat: 56)
Maksud ayat di atas telah menerangkan tujuan kita dilahirkan ke dunia ini. Suka untuk saya berkongsi dengan anda semua mengenai dua tujuan kita di dunia, pertama sebagai seorang hamba dan kedua sebagai khalifah.
Namun begitu untuk menjadi hamba dan khalifah Allah ini, manusia terbahagi kepada berbagai tahap dan kategori, iaitu:
Ada manusia yang langsung tidak tahu dan tidak sedar bahawa mereka itu adalah hamba dan khalifah Tuhan. Dengan kata lain golongan ini berbuat apa sahaja yang mereka suka di muka bumi ini dan mereka menggantikan tempat Tuhan dengan nafsu mereka sendiri. selain itu ada golongan yang yang tahu mereka adalah hamba dan juga khalifah Allah. T etapi mereka hanya setakat tahu dan tidak lebih dari itu. Ilmu mereka tentang itu hanya bersemadi di akal fikiran mereka sahaja. Oleh yang demikian, mereka tidak ada kekuatan dan mereka cuai untuk melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab mereka sebagai hamba dan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Sedangkan ilmu yang dimiliki haruslah di sampaikan. Ada pula manusia yang rasa kekhalifahan mereka pula lebih menonjol. Mereka ini banyak terdorong untuk membuat kerja-kerja kemasyarakatan dan kepimpinan selaras dengan syariat Tuhan. Ibadah mereka sederhana sahaja. Mereka ini golongan pemimpin yang baik.
Kesimpulannya , konteks kita sebagai bakal guru seharusnya lebih terus memupuk dan menajamkan rasa kehambaan dan rasa kekhalifahan ini kerana rasa-rasa inilah yang menjadi kekuatan bagi kita untuk melaksanakan peranan kita sebagai hamba dan sekaligus sebagai khalifah Allah. Setakat mana rasa-rasa ini dapat ditajamkan, maka setakat itulah dapat kita berperanan. Kerana ditangan inilah yang akan melahirkan generasi khalifah di muka bumi ini… fikir dan renungkanlah bersama… 

Monday, March 1, 2010

FITNAH -FITNAH


Assalamualaikum..tiba-tiba rase nak mencoret sesuatu di petang yang begitu sibuk dengan GERKO, Sukantara dan sebagainya...(kami buat habis baik).......bukan untuk berceramah..tapi sekadar mengingat diri serta rakan lain...tiba-tiba teringat mengenai perktaan fitnah..apa tu fitnah ye........erm cuba kita baca yang ni....


Dalam era kemajuan sains dan teknologi ini, manusia bukan sahaja menyebar fitnah menggunakan lisan, tetapi juga melalui kecanggihan teknologi maklumat, sama ada melalui media cetak mahupun media elektronik. Tujuan kemudahan itu dicipta untuk memudahkan kita melihat, mendengar dan menyebarkan apa jua berita dan maklumat tentang keadaan yang berlaku di sekeliling kita, sama ada apa yang berlaku di dalam negeri mahupun di luar negeri. Oleh itu kita hendaklah menggunakan kemudahan-kemudahan tersebut dengan baik dan bijaksana. Namun apa yang membimbangkan pada masa ini terdapat segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan menyalahgunakannya untuk menyebarkan berita-berita yang tidak benar, khabar-khabar angin apatah lagi yang mengandungi unsur-unsur fitnah.

Kita perlu mengetahui bahawa fitnah itu adalah satu perkara yang buruk dan boleh menjejaskan maruah seseorang. Fitnah ialah tuduhan, khabar, kisah dan lain-lain yang diadakan atau dibuat-buat untuk memburukkan atau membencanakan seseorang dan memfitnah pula ialah membuat fitnah dan mengada-adakan sesuatu untuk memburuk-burukkan atau membencanakan sesuatu pihak yang dilakukan sama ada dengan perkataan atau tulisan atau isyarat dan gerak-geri dan sebagainya, sama ada perkara itu sememangnya suatu keaiban atau kekurangan mahupun bukan. Orang yang membuat fitnah itu dikatakan juga sebagai orang yang membawa mulut atau mengadu domba.

Adapun perbuatan fitnah itu hukumnya adalah haram dan termasuk dalam perkara dosa-dosa besar. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Qalam ayat 10 - 11 tafsirnya:

"Dan janganlah kamu menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina, yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan."

Diriwayatkan daripada Khuzaifah Radiallahuanhu, beliau mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya:

"Tidak masuk syurga orang yang suka memfitnah (mengadu domba)." (Hadis riwayat Imam Muslim).

Daripada dalil-dalil tersebut jelas menunjukkan bahawa fitnah itu adalah suatu perkara yang sangat dilarang dan perlu dijauhi. Oleh yang demikian, kita hendaklah memelihara diri dan keluarga kita dari perbuatan menabur fitnah. Maka apabila disampaikan kepada kita suatu berita yang memburuk-burukkan orang lain, maka kita hendaklah memelihara diri kita daripada mendengarnya dan menghebah-hebahkannya kepada orang lain.

Memang tidak dapat dinafikan dalam kehidupan kita berkeluarga, berjiran dan bermasyarakat, sememangnya kita tidak dapat mengelakkan diri dari mendengar berita-berita atau cerita-cerita yang diperbualkan ketika bertemu, sama ada ketika berada di majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, majlis kenduri atau di kedai-kedai kopi dan sebagainya. Dalam hal sedemikian, jika kita mendengar perbualan yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat ,cerita yang direka-reka, memburuk-burukkan orang lain, memfitnah dan sebagainya, maka kita hendaklah berusaha mengelakkan diri seperti berlari pecut untuk seperti tidak membenarkan atau mempercayai apa yang disampaikan itu, kerana orang yang membawa fitnah itu adalah termasuk dalam golongan orang-orang yang fasiq dan berita yang dibawa oleh mereka itu tidak boleh dipercayai.

Selain itu, kita sepatutnya melarang orang yang membawa fitnah itu daripada meneruskan perbuatannya dan menasihatinya serta menerangkan kepadanya bahawa perbuatannya itu adalah salah di sisi agama. Janganlah pula cerita yang disampaikan oleh orang yang memfitnah itu membuatkan kita terdorong untuk menyelidiki dan mencari-cari sama ada ianya benar atau sebaliknya. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah Al-Hujuraat, ayat 12 tafsirnya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain."

Ketahuilah bahawa tidak ada orang yang suka dirinya diperkatakan atau menjadi bahan cerita orang, apatah lagi cerita itu tidak berasas, tidak benar dan hanyalah fitnah semata-mata. Maka jika mendengar sesuatu cerita, berita atau khabar-khabar angin, yang mana cerita, berita atau khabar-khabar angin itu boleh menyebabkan hati orang yang dijadikan bahan cerita itu tidak tenteram, mencemar maruah dirinya dan sebagainya, maka hendaklah orang yang mendengar cerita, berita atau khabar-khabar angin itu tidak menceritakan atau memanjang-manjangkan lagi apa yang telah diceritakan kepadanya. Sebagaimana kita tidak suka diri kita diperkatakan orang, sepatutnya kita tidak juga memperkatakan tentang orang lain.

Jika difikirkan apakah kebaikan yang boleh diperolehi daripada perbuatan-perbuatan sedemikian?

Ianya tidak lain hanyalah menggembirakan orang yang berhati busuk. Sedangkan sebenarnya mereka itu telah terpedaya oleh syaitan sehingga pandangan mereka menjadi kabur, lalu merasakan apa yang mereka lakukan seolah-olah tidak salah, tetapi sebenarnya adalah buruk dan berdosa besar. Perkara ini bukan sahaja dilarang oleh agama Islam, bahkan undang-undang dalam bernegara juga menegahnya dan boleh diambil tindakan, lebih-lebih lagi jika fitnah itu boleh menggugat keselamatan dan keharmonian dalam beragama, bermasyarakat dan bernegara. Begitu juga dengan perbuatan mereka-reka dan menyebar khabar angin, baik dilakukan secara individu atau kumpulan yang bertujuan untuk memfitnah atau mengaibkan maruah atau martabat mana-mana pihak. Maka dalam hal ini, perbuatan tersebut akan diambil tindakan oleh pihak-pihak yang berkenaan sebagai langkah dalam memastikan keharmonian dan ketenteraman awam.

untuk renungan bersama, pernah berlaku suatu peristiwa di zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, yang lebih dikenal dalam kitab-kitab Sirah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai hadisul ifki bilamana terjadinya fitnah ke atas isteri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam iaitu Sayidatina 'Aisyah Radiallahuanha.

Dalam peristiwa tersebut, Sayidatina 'Aisyah Radiallahuanha telah difitnah oleh orang-orang munafik yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai bin Salul dan beberapa orang di kalangan Muslimin telah terpengaruh dengan cerita fitnah yang disebarkan itu. Mereka menabur fitnah mengatakan bahawa Sayidatina 'Aisyah Radiallahuanha telah berlaku curang atau membuat hubungan sulit dengan seorang sahabat yang terkenal jujur dan amanah iaitu Safwan bin Muaatal. Akhirnya Allah Subhanahu Wata'ala menurunkan ayat 11 - 20, Surah An Nuur sebagai penjelasan bersihnya Sayidatina 'Aisyah Radiallahuanha di atas fitnah yang dilemparkan ke atasnya.

Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam ayat 19, Surah An Nuur tafsirnya:

"Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebahnya tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan ingatlah Allah mengetahui segala perkara sedang kamu tidak mengetahui yang demikian."

Membuat fitnah itu dipandang berat dan dilarang oleh agama Islam, sebab ia boleh menimbulkan permusuhan dan permusuhan pula boleh menimbulkan kepada perpecahan dan huru-hara. Fitnah adalah tuduhan yang tidak benar dan tidak berasas dan perbuatan itu mendatangkan azab di akhirat kelak. Ingatlah! Bahawa semua anggota tubuh badan termasuk lidah akan menjadi saksi di depan penghakiman Allah Subhanahu Wata'ala pada Hari Kiamat.

Akhirnya peliharalah diri kita dari perbuatan fitnah dan menaburnya. Didiklah diri kita, keluarga kita dan masyarakat dengan saling menasihati dan tegur-menegur terhadap perbuatan yang membawa kepada dosa dan maksiat, apatah lagi membawa kepada dosa-dosa besar seperti membuat dan menabur fitnah. Semoga dengan amalan sedemikian, kita dapat menikmati kehidupan yang aman tenteram dan sentiasa mendapat petunjuk, hidayah dan berkat dari Allah Subhanahu Wata'ala jua. Amin Ya Rabbal'alamin.
Firman Allah Subahanhu Wata'ala dalam Surah Al- Baqarah ayat 191, tafsirnya:

"Dan ingatlah bahawa angkara fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan."


YA ALLAH LINDUNGILAH KAMI SEMUADARI FITNAH..........

Saturday, February 13, 2010

CINTA,,,,KASIH???

Bismillahirahmanirahim …..
CINTA ?
Di dalam bulan februari untuk tahun 2010 ini mungkin kalau ditanya kepada remaja, belia apakah peristiwa dan tarikh yang mereka tahu ? jawapanya mungkin hari yang jatuh pada 14 Februari, tibalah hari yang dikomersialkan sebagai Valentine Day atau Hari Kekasih. Mungkin siapa yang masih ingat dengan keluaran ruhul jaded tahun lalu mengenai kisah kasih lelaki dan rama-rama. Kisah ini mengisahkan begitu pentingnya dan bernilainya mahkota pada diri seseorang lelaki dan wanita itu. Berbalik semula kepada hari kekasih seribu satu alasan yang diberikan oleh mereka yang menyambutnya ada yang mengatakan mereka bukanya menyambut hari kekasih secara berlebih-lebihan,hanya sekadar mengucapkannya dengan satu pesanan ringkas atau sekuntum bunga. Tidak kurang juga ada yang mempersoal tidak salah menjadikan hari khas berkasih sayang seumpama 14 Februari ini. Malah dikuatkan lagi dengan hujah mereka bahawa bukannya mereka bermaksud mengingati peristiwa sejarah berkenaan tarikh tersebut. Realitinya agama islam merupakan agama yang adil serta tidak mengongkong. Sebaliknya agama islam mengaturkan kehidupan umatnya dengan lebih sempurna. Islam tidak pernah menyekat hubungan kasih saying di antara umatnya tetapi melalui saluran yang dibenarkan syarak. Cinta yang utama adalah kepada Allah,Rasul-Nya. Ingatlah cinta hakiki yang berlandaskan iman akan melahirkan cahaya keinsafan kepada hakikat diri dan peciptaan. Sekali gus mencambahkan jiwa rela berkorban dan mampu menunudukkan hawa nafsu, seterusnya cinta ilahi akan memandu kita supaya lebih bererti. Islam memandang cinta kasih itu sebagai rahmat daripada Allah. Maka, seorang mukmin tidak dianggap beriman sebelum dia berhasil mencintai saudaranya seumpama dia mencinta dirinya sendiri. Kasih saying seorang mukmin umpama tubuh , jika salah satu anggota tubuh terasa sakit, maka tubuh yang lain turut terasa sakit. Mencintai dan dicintai itu adalah suci di mata islam yang mana harus disuburkan dalam dada setiap pemeluknya. Kerana itula islam menghalalkan perkahwinan sebagai saluran yang betul untuk meluahkan perasaan cinta dan keinginan berkasih –sayang. Namun begitu golongan remaja , janganlah kita lupa bahawa kasih saying kepada ibu bapa, keluarga, agama ,bangsa dan Negara juga adalah sebahagian tuntutan agama.
Suka untuk saya berkongsi dengan anda semua mengenai satu tarikh dan peristiwa yang begitu tinggi untuk kita mengetahui serta hayati bersama. 12 rabiul awal yang jatuh pada 26 februari pada tahun ini mengingatkan kita mengenai kelahiran seorang yang begitu mulia di sisi Allah. Muhammad Bin Abdullah nama diberi . lahirnya dijanjikan Allah untuk membawa rahmat ke sekalian alam. Membimbing ummah yang bertamandun , kaulah contoh kekasih Allah ya Rasulullah yang ku cintai. Walaupun ujian yang melanda kau sabar menghadapinya ,semuanya kerana agama islam dan umatmu. Jelaslah di sini bertapa sayangnya Rasulullah SAW terhadap kita semua sebagai umatnya.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima:
1) Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2) Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3) Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4) Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5) Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."
Ayuh rakan-rakanku semua bersama kita mengingati serta menghayati peristiwa 12 rabiul awal ini semoga ia mampu menjadi sesuatu yang begitu dicintai serta dirindui.
Akhir kalam kasih sayang dalam islam bersifat universal. Ia tidak dibatasi ruang dan waktu. A Dalam konteks kita sebagai bakal pendidik seharusnya bagi kita menerapkan serta faham mengenai kasih sayang . Kasih sayang wujud melalui yang nyata seperti silahturahim, menjenguk yang sakit, meringankan beban jiran tetangga yang sedang ditimpa musibah, mendamaikan orang yang bertelagah serta mengajak kepada kebenaran dan mencegah perbuatan mungkar. Dalam pada itu, Islam tidak melarang kita saling mengenali adat resam serta budaya umat lain selagi tidak melewati batasan yang ditetapkan. Bagi perkara yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam, maka kita perlu menjauhinya sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Kaafiruun yang bermaksud: Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku. Sekian salam maulidul rasul 1431..

Al-QURAN kitabku