
SINAR KEBANGKITAN
Mungkin seorang pemuda tidak mengerti kesan yang membawa petunjuk,Sedang terbitnya matahari membawa cahaya terang.(Syair Imam Ahmad bin Hanbal)
Thursday, December 31, 2009
BOLA ITU SFERA

Tuesday, December 8, 2009
HAK-HAK KITA SEBAGAI PENGGUNA

Hak untuk mendapatkan keperluan asas
Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya
Hak untuk mendapatkan keselamatan
Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna.
Hak untuk mendapatkan maklumat
Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.
Hak untuk membuat pilihan
Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.
Hak untuk bersuara
Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan.
Hak untuk mendapatkan ganti rugi
Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan' serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian.
Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan.
Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak.
Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat
Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus atau dimusnahkan.
Thursday, October 15, 2009
Panahan Syaitan

erm sekadar nak kongsi dengan sahabat- sahabat sume tentang satu perang yang begitu dasyat yang mane sume akan hadapi . disini apa yang berlaku kait dengan prinsip mudah iaitu menang atau kalah, jadi pemenang atau kecundang. perghh hadiah dia fantastik siapa menang ke syurga yang abadi siapa kalah ke neraka. tapikan berperang dengan siapa ya??? haa jawapannya ialah berperang dengan syaitan dan hawa nafsu yang mengajak kepada kejahatan.
panahan????
perang lawan syaitan sudah tentu tidak sama dengan perang dengan manusia.. nak tahu kenapa..syaitan itu lebih canggih tipu dayanya.lagi profesional pekerjaannya,,lebih bnyak jumlahnye dan tidak nampak kewujudannya pula...jika xde kesungguhan sudah tentu tidak mampu kita hadapinya. Syaitan ni bebas menembak panahan beracun kepada kita tanpa kita sedari.. antaranya syaitan akan membidikkan panahan asmara ke dalam hati dua orang yang bukan muhrim untuk berzina..x cukup dengan itu ia akan membidik panah ke dalam mata manusia hingga ia berasa nikmah melihat hal-hal yang haram dan yang paling takut memanah ke lidah manusia hingga sanggup melakukan fitnah, namimah dan berdusta.
Justeru sudah tentu Allah telah menyediakan kepada hambanya untuk menangkis segala panahan ini ,antaranya ialah mendapatkan perlindungan dai Allah dengan berzikir, atau sentiasa mengingat Allah dan bergantung kepada Allah zat yang maha kuasa. satu perumpamaan orang yang berzikir ini seperti seorang yang di cari-cari oleh musuhnya. Mereka bertempiaran mencari tempat selamat hungga ia sampai pada suatu benteng yang sangat kukuh dan dapat melindungi dirinya di dalam benteng tersebut dari kejaran musuh.
oleh itu jika ini di amalkan setiap hari dengan ikhlas dan kesungguhan sudah tentu kita akan memperoleh hari-hari kemenangan. kesannya hati akan tenang, fikiran akan jernih, doa lebih khusyuk dan masalah insyaAllah menjadi mudah.. oh ya,, ingat zikir bukan sahaja di masjid, malah di kelas, pejabat, terminal bas..yang penting kita melakukan dengan ikhlas.
Ya Allah semoga apa yang tercoret di sini menjadi ingatan buat diriku yang sering lalai..,,juga kepada sahabat-sahabatku..
Thursday, September 24, 2009
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1430
Saturday, August 29, 2009
Welcoming Ramadan
Beside that Allah may blesses the believers with forgiveness and great rewards.
So hope this Ramadhan can be way to improve our iman......InsyaAllah..
Friday, August 28, 2009
RAMADHANKU
Assalamualaikum...erm lama sudah rasenye tidak ,mencoretkan sesuatu di dalam ruangan ini..rasenye agak bz ckit dengan pbs dan xsiment yang agak banyak..tpi rase nak sngat kongsi dengan sahabat2 semua tentang ramadhan kali ini.. erm mungkin tidak pandai untuk berbicara seperti seorang ustaz cuma ingin sekadar bersama mengingatkan kepada diri dan sahabat lain mengenai bulan yang mana begitu banyak kelebihannya.
Ramadhan yang datang merupakan bulan tarbiah, dengan bahasa mudah bulan untuk mendidik kita semua.lebih mudah jika kita diumpamakan seperti rama-rama yang mana sebelum menjadi cantik adalah berasal dari ulat beluncas yang jika ianya bergerak kesana kemari jika terkena pada kita akan membuatkan seseorang itu gatal,kemudiannya menjadi kepompong yang kaku menunggu mase untuk keluar dan akhirnya terciptalah rama-rama yang cantik. Begitulah umpamanya kita yang mana sebelum kehadiran ramadhan ada yang liar ,mengusik,menyusah orang sana sini,,,namun tibanya ramadhan bagaikan berada di dalam kepompong yang mana semuanya menginsafi diri dengan melaksanakan dan mengejar sebanyak-banyaknye pahala ibadah dan mentarbiah diri bagi melahirkan diri yang beriman selepasnya..
Mungkin jika ada silap dan salah harap ditegur dan hanyala insan biase yang sering melakukan kesalahan .. harap kepada semua sahabat mampu meneruskan jihad sebagai pelajar mahupun yang bekerja.agar ramadhan kali ini membri penuh makna kepada kita semua....insyaAllah.
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA
Wednesday, August 5, 2009
BULAN SYAABAN
Kebanyakan umat islam mengenali bulan syaaban kerna malam nisfu syaaban, namun kebanyakannya tidak memahami secara mendalam peristiwa yang sangat penting didalam nya. Disini mari kita bersama –sama mengenali dengan lebih mendalam salah satu bulan yang dikatakan amat penting dalam hidup nabi dan dikatakan sebagai bulan persediaan menghadapi kedatangan bulan ramadhan ini..
Dari segi bahasa, Syaaban membawa maksud berpecah-pecah atau berpuak- puak dan perkataan itu terbit daripada budaya hidup masyarakat Quraisy yang terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di
Pendapat lain pula mengatakan, Syaaban adalah tanda pemisah antara bulan Rejab dan Ramadan.
Rasulullah SAW pada bulan Syaaban telah memperbanyakkan puasa hingga diriwayatkan, baginda berpuasa sebahagian besar pada bulan tersebut.
Saiditina Aishah r.a ada berkata, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Semua manusia dalam kelaparan pada hari kiamat kecuali nabi-nabi dan keluarga mereka, juga orang yang berpuasa pada Rejab, Syaaban dan Ramadan. Sesungguhnya mereka dalam keadaan kenyang, tidak lapar dan tidak haus."
Bulan yang dinyatakan dalam hadis terbabit adalah antara yang disebut-sebut banyak kelebihan, sehingga hadis berkenaan menyatakan mereka yang berpuasa tidak akan lapar dan haus pada hari kiamat kelak.
Dalam memberikan penjelasan berkaitan tiga bulan yang berturut-turut itu, ada pihak membuat perumpamaan tahun dengan pohon, iaitu Rejab umpama waktu keluarnya daun, Syaaban diumpamakan keluarnya bunga dan Ramadan umpama buahnya.
Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Rejab bulan Allah dan Syaaban itu bulanku, manakala Ramadan itu bulan umatku." (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).
Ketiga tiga bulan disebut Nabi s.a.w itu adalah bulan rahmat, kasih sayang dan kesejahteraan. Bulan yang penuh keberkatan dan keampunan.
Sesetengah ulama menyatakan bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa manakala bulan Syaaban untuk memperbaiki diri daripada
segala macam cela dan Ramadan adalah waktu menyucikan hati dan jiwa.
Syaaban bermaksud berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana pada bulan itu masyarakat Arab dulu bertempiaran ke serata tempat untuk mencari air, sehingga ada yang mencarinya sampai ke gua.
Ia juga diertikan demikian kerana menjadi 'bulan pemisah' iaitu memisahkan antara bulan Rejab dan Ramadan.
Nabi s.a.w menjelaskan Syaaban mengandungi keutamaan dan kebaikan yang banyak, dengan nilai berganda bagi mereka melaksanakan kebaikan dan ibadat dengan ikhlas dan bersungguh.
Baginda bertanya kepada sahabat, maksudnya: "Tahukah kamu sekalian mengapa bulan ini dinamakan Syaaban?" Mereka menjawab: "Allah dan Rasul-Nya yang lebih
mengetahui."
Baginda menjawab: "Kerana pada bulan ini bercabang banyak kebaikan."
Dengan keutamaan yang ada pada Syaaban ini, Baginda memanfaatkan kesempatan untuk meningkatkan prestasi ibadat dan amal kebaikan sehingga seolah-olah Baginda tidak pernah melakukan sedemikian pada bulan lain.
Nabi s.a.w sendiri sering berpuasa pada bulan ini.
Daripada Saidatina Aishah, beliau berkata maksudnya: "Adalah Rasulullah s.a.w sering berpuasa hingga kami menyangka yang Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka yang Rasulullah akan berbuka seterusnya.
"Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada Ramadan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak di bulan Syaaban." (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Hadis ini menerangkan kepada umat Islam sekalian, Syaaban memang bulan sangat digalakkan beramal ibadat selain bulan lain, sesuai dengan statusnya sebagai gerbang Ramadan.
Rasulullah s.a.w pernah mengumpamakan bulan Syaaban dengan keutamaan diri Baginda sendiri ke atas nabi lain.
Sabda Baginda bermaksud: "Keutamaan Syaaban ke atas bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi lain sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhluk-Nya."
Antara amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban ialah memperbanyakkan ibadat sunat termasuk puasa, doa, zikir, selawat dan bertaubat daripada kesalahan yang dilakukan.
Walaupun amalan ini sukar, ganjaran yang menanti adalah berganda. Ibadat sunat pada Syaaban juga sebagai persediaan untuk lebih cergas beribadat siang dan malam pada Ramadan.
Syaaban juga adalah bulan di mana setiap doa orang beriman akan dimakbulkan Allah, sebagaimana dinyatakan Abdullah Umar dalam riwayatnya mengenai hadis Nabi iaitu Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Antara solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah sewaktu malam Jumaat, pada malam 10 Muharam, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha."
Rasulullah s.a.w bersabda: "Itulah bulan Syaaban di mana manusia lalai mengenainya iaitu antara bulan Rejab dan Ramadan, ia adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam. Maka aku sangat suka sekiranya amalanku diangkat sedangkan pada masa itu aku dalam keadaan berpuasa." (Hadis Riwayat Ahmad)
Dalam sejarah umat Islam, bulan Syaaban juga menyaksikan beberapa peristiwa penting seperti perubahan arah kiblat dari Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis ke arah Masjidil Haram di Makkah.
Pada bulan ini juga berlaku peperangan Bani Mustaliq iaitu pada Isnin hari kedua Syaaban tahun ke-5 Hijrah, Rasulullah s.a.w bersama 700 tentera pejalan kaki dan 30 tentera berkuda menuju ke wilayah Bani al-Mustaliq.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang memuliakan Syaaban, bertakwa kepada Allah dan taat kepada-Nya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, Allah mengampuni semua dosanya dan menyelamatkan dia pada satu tahun itu daripada semua bencana dan penyakit.





