SINAR KEBANGKITAN

Sinar merupakan satu dari kebangkitan untuk pemuda pemudi atau lebih mudah digelar SYABAB..bukan bertujuan untuk berkata kepada sesiapa namun untuk ingatan kepada diri sendiri dan sahabat yang sering terleka dan lalai dengan perkara yang bukan-bukan.Kerana di tangan merekalah letaknya kepimpinan akan datang,jika elok masa kini maka eloklah akan datang.Namun bukan mudah mereka diumpamakan kain putih yang mana perlu dicorak.dengan warna yang cantik dan molek dipandang.Begitu juga seperti syabab mereka perlu dimasak dengan pengalaman dan disuap dengan ilmu agar dapat menghasilkan kepimpinan yang mantap dan membentuk sesebuah kejayaan sebuah negara.
Mungkin seorang pemuda tidak mengerti kesan yang membawa petunjuk,Sedang terbitnya matahari membawa cahaya terang.(Syair Imam Ahmad bin Hanbal)

Sunday, January 2, 2011

Hakim Hidayat Bin Abdullah (bahagian 2 )

Kala malam mula menjeguk ke dewasanya, aku masih belum dapat melelapkan mata , bukan sebab fikir nak cari jodoh,tapi terifikir mengenai perkataan yang diungkapkan oleh Kim isyak tadi. “Intresting,, latihan fizikal yang baik” dan satu lagi ‘Ye Kim tahu”. Ungkapan itu membuatkan aku berasa agak terkejut, kerana orang yang bukan beragama isalam seperti lelaki korea itu teruja serta memuji solat 5 waktu yang ditunaikan. Sedangkan sesetengah yang beragama islam pun belum tentu sepenuhnya islam ,malah jika dilihat kini agak menyedihkan dimana kebanyakkannya sanggup murtad semata-mata mengikut kekasih dan memikirkan agama islam ini merupakan agama yang mengongkong penganutnya. Erm mungkin itu cuma inferens awal aku terhadap Kim, mungkin dia memuji secara ikhlas ataupun sebaliknya, “ tapi yang penting aku kini miliki satu peluang,dan kemungkinan peluang ini mampu hasilkan dua keputusan iaitu positif dan negative” ungkap hati kecilku sendirian. Teringat pula bagamana rasulullah bersama para sahabat berjuang serta berkorban demi menyebarkan agama islam .

“Dulu bukan macam sekarang,macam-macam kemudahan ada,tapi itulah yang difirmankan oleh Allah: tidak aku utuskan engkau Muhammad, melainkan untuk membawa rahmat kesekalian alam. Juga sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh tauladan yang baik. Lihatlah bagaimana Rasulullah Berjaya membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya , daripada kesesatan kepada kebenaran, semuanya melalui kesabaran, kebijaksanaan dan akhlak baginda sendiri yang mana kita sedia maklum begitu indah, sempurna sehinggakan Siti Khadijah sendiri tertarik hati dengan baginda sehinggakan akhirnya menjadi isteri baginda. Tidak cukup dengan itu bagaimana ada satu ketika baginda dilempar najis namun kesudahannya Rasulullah tetap membantu orang tersebut di kala ditimpa sakit.” Masih terngiang-ngiang lagi dimindaku kisah Rasulullah dan para sahabat menyebarkan dakwah yang mana diceritakan oleh Arwah datukku tatkala setiap kali pulang ke kampung ketika masih bersekolah dahulu kini segalanya dalam ingatan sebagai kekuatan dikala lemah menjengah diri.

Sedar tak sedar dah masuk tiga minggu Kim tinggal bersama aku, ini bermakna tinggal lagi beberapa hari lagi untuk dia pulang ke Korea semula. Erm lepas ni membujang balikla aku jawabnya. Namun begitu sepanjang bersama Kim masing belum sempat untuk aku berborak panjang dengannya juga bertanyakan mengenai latar belakang keluarganya. Maklumlah masing-masing bertungkus lumus menyiapkan model kereta yang nak dikeluarkan penghujung tahun ini. Bak kata sinitron Indonesia “ aku senang bangat kerja sama kamu” hehe . erm tapi inilah kenyataan sepanjang aku dan Kim menyiapkan model kereta ini tiada masalah bagi kami semuanya berjalan lancar , sehinggakan pengurus syarikat memberi cuti selama tiga hari untuk memberi peluang aku membawa Kim bersiar-siar di sini. Kebetulan hari ini kerja sudah selesai makanya kami mengambil keputusan untuk berehat saja di rumah dan bercadang untuk keluar bersiar pada keesokkan hari saja.

“Bapa dan ibuku kerjanya saintis,namun darah pengkaji itu tidak sampai kepadaku ,tetapi yang hasilnya Cuma jurutera ”. ungkapnya dalam gurauan dan pelat Indonesia yang pekat tu. “Herm, tidak mengapa Kim sekurang-kurangya ibubapa awak tentu bangga dengan kejayaan anak mereka,mungkin tuhan telah tetapkan rezeki kau di situ”. Balasku dengan nada bershaja. “TUHAN?” ucap Kim. “Erm mengapa Tanya begitu, adakah yang ku ungkapkan tadi salah atau menyinggung perasaan kau Kim?”. “ enggak ada apa-apa, Cuma aku mahu Tanya sama kamu ,mengapa kamu menadah tangan tika kamu sudah solat?” Tanya Kim. “ ooo itu aku berdoa serta bersyukur kerana mengurniakan ku nikmat yang ku miliki sekarang”. “ jadinya nikmat yang diberi itu kamu ngerti segalanya, bukankah apa yang yang tercipta di dunia ini adalah semula jadi, dari segala aspek, everything is semula jadi,tiada pmilik juga tiada pencipta” ungkapnya lagi. Erm…. Hatiku mula memahami dan mengetahui bahawa yang jejaka korea yang kalau dipandang oleh mana-mana gadis tentu akan cair kini seorang yang tiada berpegang kepada agama atau dengan kata lain “aties”, jadinya perlu lebih hati-hati untuk menjawab soalannya.

“ sukar untuk saya ungkapkan erti nikmat kepada orang yang tidak berpegang kepada agama seperti kamu” ucapku perlahan. Kim yang mungkin terdengar sedikit senyum …….. “saya tetap dengan pendirian bahawa yang tidak akan percaya kepada perkara yang abstrak dan ghaib”. Maklum sahajala latarbelakang keluarganya yang semuanya pengkaji ilmu sains yang mana setiapnya percayanya pada benda yang dilihat dan Nampak sahaja.

“Erm Kim bagaimana pula kalau aku katakana bahawa kau mempercayai kewujudan sesuatu yang kau tak Nampak dan boleh disentuh, mungkin kau akan mengubah pendirian?” tanyaku senkadar ingin mencuba kecerdikan dan kelajuannya berfikir untuk memberi jawapan. “ooo . enggak bias aku ulangi tidak sekali ku percaya sesuatu yang tidak wujud dan bias disentuh .serta paling utamanya ia ghaib…..erm langsung ku tidak percaya.” Balasnya dengan segera

“Kim bagaimana mengenai hembusan angin dan udara yang disekeliling diri kita, adakah awak Nampak dan dapat pegang angin dan udara tersebut? Bukankah engkau dapat merasanya serta menikmati udara itu”. ujarku lagi.

Tersenyap seketika Kim takkala ku mengajukan soalan itu. “ nah jelas telah di buktikan bawaha setiap kejadian pasti miliki penciptanya begitu juga dengan hembusan angin juga udara yang dihirup dapat rasainya tetapi tidak dapat melihatnya,satu bukti kejadian yang tidak dapat dilihat tetapi dapat dirasai. Mungkin tidak perlu bagiku menceritakan lebih mendalam ,kerana kamu juga sendiri sedia maklum bagaimana serta apa yang terkandung di dalam angin dan udara itu.”

Tiba- tiba terpancul keluar dari mulut Kim mengenai teori-teori barat seperti teori buah epal isacc Newton.bagaimana buah epal boleh jatuh dengan sendirinya dari atas pokok dan terus mengungkapkan “ alam ini adalah semula jadi tiada penciptanya seperti mana buah epal yang jatuh dari pokok dengan sendirinya.”.

“itula pemikiran orang yang tidak miliki akal panjang tidak berfikir dengan lebih mendalam mengenai apa yang dilihatnya terus membuat keputusan dengan sendiri dan tidak bersyukur “. Ujarku jelas.

“jadinya saudara mengatakan bahawa rasionalnya tuhan yang mencipta dan mengawal segala apa yang berlaku di ala mini? Bagaimana pula dengan tuhan siapa yang menciptakannya pula”.soal Kim?........... bersambung

No comments:

Post a Comment

Al-QURAN kitabku