SINAR KEBANGKITAN

Sinar merupakan satu dari kebangkitan untuk pemuda pemudi atau lebih mudah digelar SYABAB..bukan bertujuan untuk berkata kepada sesiapa namun untuk ingatan kepada diri sendiri dan sahabat yang sering terleka dan lalai dengan perkara yang bukan-bukan.Kerana di tangan merekalah letaknya kepimpinan akan datang,jika elok masa kini maka eloklah akan datang.Namun bukan mudah mereka diumpamakan kain putih yang mana perlu dicorak.dengan warna yang cantik dan molek dipandang.Begitu juga seperti syabab mereka perlu dimasak dengan pengalaman dan disuap dengan ilmu agar dapat menghasilkan kepimpinan yang mantap dan membentuk sesebuah kejayaan sebuah negara.
Mungkin seorang pemuda tidak mengerti kesan yang membawa petunjuk,Sedang terbitnya matahari membawa cahaya terang.(Syair Imam Ahmad bin Hanbal)

Wednesday, May 30, 2012

Aishiteru



terpisah  sesaat saja tiada kapan kucuriga entah apa lagi xingat la,, hehe amboi kateko
“Walau raga kita terpisah jauh, namun hati kita selalu dekat”.
selalu kan semua dngar lagu ni kat radio ke hanphone ke. kan2???sesaat saja tiada curiga,, lagi walau jaad berpisah jauh tapi hati kita tetp rasakan cinta...twink2. mcm ada pe tu orang putih panggil chemestry KIMIA ,, mesti yang dilamun cinta dngan pasangannya tentu pernah rasa kan2??  ermmm tapikan macmner pula cinta kepada Rasulullah yang tidak pernah melupakan cintanya kepada kita?
ayuh kita bace kisah ni kateko^^
Suatu ketika bersama Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam sahabat-sahabatnya yang mulia. Dibarisi sahabat paling setia Abu Bakar as-Siddiq. Terkeluar dari mulut baginda yang sangat mulia.“Wahai Abu Bakar, aku begitu rindu hendak bertemu dengan ikhwanku (saudara-saudaraku),”kata baginda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam.
Apakah maksudmu berkata demikian, wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu?”Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut pikiran.
Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku.” Suara Rasulullah bernada rendah.
Kami juga saudaramu, wahai Rasulullah,” kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian Baginda bersuara,
Ikhwanku adalah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku dan mereka mencintai aku melebihi anak dan orang tua mereka. Mereka itu adalah saudara-saudaraku dan mereka bersama denganku. Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman kepadaku dan beruntung juga mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku.” (Hadis Muslim)
nahi cuba kita lihat betapa kasih dan cinta Rasul untuk umatnya. Walaupun Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah bertemu dengan kita namun cinta dan kasihnya kepada kita tidak pernah pudar. Kisah cinta Baginda membuatkan kita berasa amat malu untuk bertemu dengan baginda. Namun demi Allah, sama sekali setiap umat yang lahir di muka bumi ini mesti memasakkan cita-cita untuk diketemukan dengan Baginda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam.
persoalannya adakah cinta kita mampu menandingi kisah cinta seorang Rasul terhadap umatnya? Bahkan dirinduinya kita untuk ditakhtakan syafaat penyelamat di alam akhirat. Sehinggakan diceritakan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam juga menyimpan doa mustajabnya untuk dijadikan sebagai syafaat bagi umatnya pada hari yang paling penting dan sukar iaitu Hari Kiamat.
Abu Hurairah ra meriwayatkan, bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:“Setiap nabi mempunyai doa yang mustajab. Maka setiap nabi bersegera memanfaat doa itu. Tetapi aku menyimpankan doa itu sebagai penolong untuk umatku pada Hari Kiamat.” (riwayat Muslim dalam kitab al Iman)
Adakah nilai cinta kita kepada seorang ‘boyfriend’, atau ‘pakwe’ seandainya si BF tersebut siang malam merindu, menghantar SMS, mengirim bunga cinta, dan menyemai setia, namun kita selaku ‘GF’ nya sekadar menyemai wajah penuh penipuan tanpa rasa cinta kepada pasangan kita. Bukankah kita ini pasangan yang kejam dan tidak jujur dalam percintaan?
Begitu jugalah cinta kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.

akhir kalam
Apakah layak diterima syafaat darinya andai cinta kita kepadanya berkalung dusta. Sedangkan baginda saban hari mengalirkan air mata mengenangkan nasib kita. Wahai Rasulullah saksikanlah hari ini aku mencintai dirimu walau aku tidak pernah menatap wajahmu. Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh. Terhapus ruang dan waktu. Percayakan kesetiaan ini. Pada ketulusan Aishiteru….

No comments:

Post a Comment

Al-QURAN kitabku